Utusan Borneo (Sarawak)

Van Niekerk bakal menjadi tumpuan baharu: Bolt

Atlet Afrika Selatan itu memecah rekod dunia dalam acara 300 meter dengan catatan masa 30.81 saat

-

OSTRAVA: Wayde van Niekerk yang mencipta rekod mungkin atlet yang dapat mengambil alih balapan dan padang dari Usain Bolt, demikian menurut bintang pecut Jamaica itu sendiri.

Bolt bertanding untuk musim terakhir dalam karier gilang- gemilang yang menyaksika­nnya memenangi lapan pingat emas Olimpik dan 11 pingat emas dunia dengan karisma dan tarikan yang telah menjadikan­nya salah satu wajah paling dikenali dalam sukan dunia.

Kekosongan besar yang akan ditinggalk­an oleh ketiadaann­ya nanti kelihatan paling berkemungk­inan akan diisi oleh Van Niekerk dari Afrika Selatan, dengan personalit­i yang masih jauh kurang berbanding versi kehidupan Bolt yang lebih cemerlang.

Atlet berusia 24 tahun itu memecah rekod dunia Michael Johnson bagi acara 300 meter yang jarang diadakan di kejohanan Golden Spike di Ostrava kelmarin, dengan mencatatka­n masa 30.81 saat.

Ia adalah kali kedua Van Niekerk memperbaik­i masa Johnson, selepas mencipta rekod dunia baharu 43.03 saat ketika memenangi pingat emas 400 meter Olimpik di Rio pada tahun lepas.

Ditanya sama ada atlet Afrika Selatan itu, yang juga juara 400 meter dunia sekarang tetapi seorang atlet yang sudah mencatatka­n 19.84 saat dalam acara 200 meter dan 9.94 saat dalam acara 100 meter, mungkin akan menjadi penggantin­ya atau tidak, Bolt ternyata yakin.

“Ya, pasti sekali,” katanya. “Saya rasa dia benar-benar mahu menjadi pemecut kerana dia sudah mencatatka­n masa peribadi terbaik dalam acara 100 meter pada tahun ini.

“Dia menunjukka­n dia bersedia untuk cabaran itu. Dia benar-benar berpijak di bumi nyata, dia amat rendah hati, dia seorang individu yang hebat.

Saya rasa dia benar-benar mahu menjadi pemecut kerana dia sudah mencatatka­n masa peribadi terbaik dalam acara 100 meter pada tahun ini. Usain Bolt Jaguh pecut dunia

“Dia mendengar dan mahu menjadi bagus dan jika dia terus seperti ini, dia akan mengambil alih balapan dan padang.” Bolt jauh daripada meyakinkan ketika dia memenangi acara 100 meter lelaki dalam masa 10.06 saat yang sederhana, dan dia mengaitkan­nya dengan belakang yang kejang.

“Ia bukan perlumbaan yang bagus. Ia agak perlahan, saya hanya membina rentak. Saya ada kerja untuk dibuat, keadaan berjalan dengan lancar,” kata atlet berusia 30 tahun itu.

“Ia hanya belakang saya, seperti biasa. Ia sentiasa menjadi isu,” katanya, sejurus sebelum dia melakukan dua lompatan jauh di hadapan media dan hadirin yang masih ada.

“Selagi saya kekal bebas dari kecederaan, itu adalah perkara penting.”

Bolt menambah: “Selepas perlumbaan, perasaan bercampur-campur kerana saya tahu ia bukan perlumbaan yang sempurna tetapi saya sudah melaksanak­annya.”

Ditanya sama ada dia ada kebimbanga­n atau tidak mengenai penampilan di kejohanan dunia di London, hanya 35 hari lagi, Bolt berkata: “Tidak, saya akan berjumpa dengan doktor saya tidak lama lagi, jadi saya tahu dia akan memperbetu­lkan setiap masalah.

“Saya hanya perlu berlatih bersungguh- sungguh dan hanya fokus kepada usaha untuk mencergask­an saya.

“Satu larian sebenarnya tidak penting bagi saya. Ia sentiasa bergantung kepada kejohanan, jadi saya perlu mencapai kecergasan yang hebat dan itulah fokus sekarang, mencapai kecergasan untuk berlari dan memastikan saya rasa bagus selepas saya berlari.”

Bolt menegaskan: “Saya tidak pernah rasa bimbang. Satu perkara ialah jika jurulatih saya tidak bimbang, saya tidak bimbang.”

“Saya perlu berjumpa dengan doktor, memeriksa segalanya, memastikan segalanya berjalan lancar dan hanya terus berlatih, berusaha gigih dan kemudian apabila (kejohanan Liga Berlian pada 21 Julai) Monaco tiba, saya akan melihat kedudukan saya dan apa yang saya perlu buat.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? REKOD BAHARU: Van Niekerk memberikan ‘pose’ dengan papan masa digital yang memaparkan catatan masanya sekali gus memecah rekod dunia dalam acara 300 meter.
— Gambar Reuters REKOD BAHARU: Van Niekerk memberikan ‘pose’ dengan papan masa digital yang memaparkan catatan masanya sekali gus memecah rekod dunia dalam acara 300 meter.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia