Utusan Borneo (Sarawak)

Piala COSAFA: ‘Mozambican’ bukan tandingan buat Seychelles

-

PHOKENG: Ia memerlukan seorang pemain pertahanan untuk menamatkan kemarau gol selama 318 minit di Piala COSAFA di Phokeng apabila Teca menanduk masuk jaringan untuk meletakkan Mozambique di hadapan bagi kemenangan 2-1 ke atas Seychelles kelmarin.

Pemain pertahanan tengah yang tinggi dan bertocang rambut itu melompat tinggi di tiang jauh selepas 48 minit untuk menewaskan Jerome Dingwall di stadium Royal Bafokeng Sports Palace yang sejuk di barat laut Afrika Selatan.

Selepas Malawi, Mauritius, Angola dan Tanzania gagal untuk menjaringk­an gol dalam perlawanan membosanka­n dalam Kumpulan A pada Selasa lepas, Zimbabwe dan Madagascar pula seri 0-0 kelmarin dalam perlawanan pertama timbal balik Kumpulan B.

Tetapi selepas gagal untuk menyempurn­akan beberapa peluang yang baik pada separuh masa pertama, pasukan Mozambican “Mambas” ( Ular) akhirnya memberi penonton sesuatu untuk menyeronok­kan mereka di kejohanan selatan Afrika itu.

Seychelles menyamakan kedudukan pada minit ke63 apabila penjaga gol Mozambique Victor Guambe melepaskan bola hantaran lintang rendah dan Rody Melanie merembat bola longgar ke dalam gawang.

Mozambique menghukum kawalan yang longgar untuk merampas semula kelebihan 20 minit sebelum tamat apabila Joao Simango yang tidak dikawal menanduk tandukan ke dalam gawang dari jarak dekat.

Kemenangan memberi tiga mata kepada Mozambique dan menghidupk­an harapan untuk menduduki tempat teratas kumpulan dan layak ke peringkat suku akhir menentang Swaziland.

Kekalahan menyingkir­kan Seychelles dengan sati lagi pusingan berbaki kerana mereka ketinggala­n empat mata di belakang dua pendahulu bersama, Zimbabwe dan Madagascar.

Zimbabwe menentang Seychelles dan Madagascar bertemu dengan Mozambique pada hari ini (Jumaat) dalam perlawanan yang akan diadakan serentak di mana pasukan yang menduduki tempat teratas akan layak ke peringkat suku akhir.

Penyudah yang buruk menafikan gol terbaik kejohanan bagi pemain Mozambique Nelson Divrassone pada babak pertama.

Selepas memulakan larian dari kawasannya dan mengelak banyak asakan ketika dia bergerak ke dalam kotak penalti, dia melakukan rembatan yang jauh tersasar.

Terdahulu Milton Gulube mensia-siakan satu lagi peluang yang bagus untuk pasukan Mozambique, apabila cubaannya dari jarak dekat melambung tinggi walaupun hanya Dingwall sahaja yang perlu ditewaskan.

Zimbabwe memperoleh­i peluang yang lebih baik dan beberapa tuntutan penalti yang tulen ditolak dalam keputusan seri dengan Madagascar, yang menyaksika­n siri tanpa kalah mereka dalam semua pertanding­an diheret ke tujuh perlawanan.

Sikap mementingk­an diri Blessing Majarira menghalang Zimbabwe daripada mendahului pada pertengaha­n babak pertama.

Dia memilih untuk melakukan rembatan yang mencecah tepi jaring sedangkan hantaran ke hadapan gawang pasti menemui seorang rakan sepasukan yang tidak dikawal.

Tanzania ( campur dua) mendahului Angola (campur satu) berdasarka­n kelebihan gol sebelum perlawanan terakhir dalam Kumpulan A di Phokeng dan Moruleng semalam.

Pasukan Tanzania menentang Mauritius manakala Angola bertemu dengan Malawi di mana pemenang kumpulan menempah pertemuan pada peringkat suku akhir dengan juara Afrika Selatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia