Utusan Borneo (Sarawak)

ROS lulus Kelab Menyumpit Sibu

-

SIBU: Penggemar aktiviti menyumpit khusus di daerah ini boleh menarik nafas lega selepas pendaftara­n Kelab Menyumpit Sibu (KMS) diluluskan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS).

Pengerusi KMS Mingat Bakil berkata, pendaftara­n kelab itu telah diluluskan oleh ROS pada 20 Jun lalu.

Katanya, dengan kejayaan itu KMS kini boleh menganjurk­an lebih banyak program untuk diketengah­kan kepada penggemar aktiviti menyumpit di daerah Sibu khususnya.

“Tujuan lain kelab ini ditubuhkan adalah untuk mempromosi­kan aktiviti menyumpit sebagai salah satu sukan tanpa mengira had umur.

“Kita juga berharap aktiviti menyumpit dapat dipelihara seperti kebanyakka­n permainan tradisiona­l yang lain,”katanya kepada pemberita.

Menurut Mingat, tidak ramai antara masyarakat Iban memiliki dan menyimpan sumpit sendiri melainkan harta pusaka nenek moyang mereka.

Mingat berkata ketika ini KMS mempunyai 25 ahli terdiri daripada pelbagai kaum mengemari aktiviti menyumpit dan bilangan tersebut dijangka akan terus bertambah dari masa ke semasa.

Justeru orang ramai yang ingin menyadi ahli KMS boleh menghubung­i Mingat ditalian 019- 8867978 atau Timbalan Pengerusi KMS Nicholas Jugah ( 016- 9211341) atau Setiausaha KMS Ellyne Tong Siew Huat (0115170513­4).

KMS turut dianggotai oleh Catherine Sulaiman dan Edwin Pantan Muka yang di- lantik sebagai Timbalan Setiausaha dan Bendahari.

Ahli KMS lain termasuk Umpie Awie, Jefferson Boenerges Entika, Dennis Tan Tai Wei, Vennisa Ugun dan Entali Tutong.

Sementara itu, KMS turut menjemput orang ramai supaya mengambil bahagian dalam Pertanding­an Menyumpit yang diadakan sempena Festival Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2017 pada 24 Julai depan.

Pertanding­an itu dibahagika­n kepada enam kategori dan dirasmikan Penaung KMS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christophe­r Gira Sambang di Dataran Sibu Fasa 1.

Yuran kemasukan ialah RM10 untuk kategori Individu Amatur, Individu Profesiona­l (RM15) dan berpasanga­n (RM20).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia