Utusan Borneo (Sarawak)

Silat: Muhd Faizul dalam misi pertahan pingat emas

-

Pengurus Pasukan Kuching, Fazzrudin Abdul Rahman berkata pihaknya juga akan mengemukak­an rakaman video bagi menyokong rayuan mereka nanti.

“Kita akan membuat rayuan rasmi kepada FAM bagi mengurangk­an hukuman penggantun­gan ketiga-tiga pemain Kuching FA,” katanya ketika ditemui semasa Ma- jlis Rumah Terbuka anjuran beliau di sini, kelmarin.

Penyerang Kuching FA, Mohammad Shafitri Salim digantung selama enam bu- lan dan didenda RM10,000 selepas memijak pemain SAMB FC, Hafizuddin Mohamad Said semasa perlawanan tersebut.

Dua lagi pemain Remenor Pit dan Rafiezan Razali masing-masing digantung selama tiga bulan dan denda RM5,000 kerana mengasari pemain lawan.

Hukuman bagi ketiga-tiga pemain itu bermula serentak 15 Jun lalu.

Di sebalik musibah tersebut, Fazzrudin tetap optimis Kuching masih mampu mengharung­i baki dua perlawanan sekali gus melayakkan diri ke pusingan suku akhir kejohanan tersebut.

“Kita sedang memikirkan strategi baharu bagi mengimbang­i ketiadaan ketiga- tiga pemain itu kerana mereka merupakan pe- main utama.

“Apapun saya tetap yakin dengan kemampuan pemain lain untuk membawa kita ke pusingan suku akhir,” tambahnya lagi.

Kuching FA akan bertandang ke Stadium Majlis Perbandara­n Petaling Jaya pada 9 Julai ini menentang PJ Rangers FC.

Skuad itu akan menutup kempen Piala FAM menentang Penjara FC pada 16 Julai di Stadium Negeri, Petra Jaya. KUALA LUMPUR: Pesilat kebangsaan, Muhammad Faizul Mohd Nasir berharap pengorbana­nnya meninggalk­an isteri yang baharu dinikahi bagi menjalani latihan intensif di Vietnam akan membuahkan hasil dalam usaha mempertaha­nkan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini.

Pemenang pingat emas kelas Putera B (55kg) pada Sukan SEA 2015 di Singapura itu yang melangsung­kan perkahwina­n April lalu, berkata perasaan sedih harus diketepika­n memandangk­an beliau antara sandaran skuad negara untuk meraih emas pada Sukan SEA nanti.

Anak jati Selangor itu menjelaska­n Ketua jurulatih kebangsaan, Nasri Nasir akan memberi tumpuan pada aspek ketahanan mental, fizikal selain mempertaja­mkan kemahiran sedia ada sepanjang berada di Vietnam nanti. — Bernama

 ??  ?? SERTAI: Mingat (depan dua dari kiri ) serta ahli jawatankua­sa yang lain mengalu-alukan orang ramai bagi mengambil bahagian dalam pertanding­an menyumpit sempena BDCF 2017.
SERTAI: Mingat (depan dua dari kiri ) serta ahli jawatankua­sa yang lain mengalu-alukan orang ramai bagi mengambil bahagian dalam pertanding­an menyumpit sempena BDCF 2017.
 ??  ?? ALBUM: Fazzrudin (lima kiri) merakamkan kenangan bersama ahli keluarga dan AJK Rumah Terbuka anjuran beliau kelmarin.
ALBUM: Fazzrudin (lima kiri) merakamkan kenangan bersama ahli keluarga dan AJK Rumah Terbuka anjuran beliau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia