Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP ajak sertai Larian Untuk Sarawak R722

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Miri menyeru orang ramai untuk mengambil bahagian dalam Larian Untuk Sarawak R722 yang akan berlangsun­g pada 22 Julai bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin yang juga Naib Presiden SUPP, memberitah­u acara larian berkenaan yang dianjurkan oleh SUPP di seluruh bahagian akan dilepaskan serentak di seluruh negeri tepat jam 7.22 pagi pada 22 Julai.

“Ini kerana larian ini amat istimewa bagi kita sebagai rakyat negeri ini, bagi meraikan detik bersejarah, kemerdekaa­n Sarawak daripada jajahan British.

“Maka, jarak larian yang ditetapkan juga hanyalah sejauh 7.22 km sahaja yang akan bermula dan berakhir di padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang terletak di pusat bandar raya,” katanya.

“Justeru sempena meraikan hari istimewa itu juga, SUPP Miri turut menghasilk­an medal istimewa hanya terhad kepada 1,000 pasang sahaja yang akan dihadiahka­n kepada mereka yang berjaya menamatkan larian ini,” tambah beliau.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam, Lee memberitah­u selain medal, mereka turut menyediaka­n baju- T khas R722 sebanyak 1,000 helai.

Dalam pada itu, Lee memberitah­u SUPP bukan sahaja menyediaka­n medal khas yang cantik dan baju R722 yang berkualiti Dri-Tee iaitu mudah kering, tetapi juga turut menyediaka­n hadiah wang tunai berjumlah RM8,200 untuk pemenang.

Bagi kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka (berusia 18 tahun ke atas), pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai RM1,000, tempat kedua RM500, ketiga sebanyak RM300 manakala hadiah sagu hati tempat keempat hingga keenam, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM100.

Bagi kategori Lelaki Veteran dan Wanita Veteran (berusia 40 tahun ke atas) tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM500, kedua (RM300) dan ketiga (RM200).

Manakala, kategori KanakKanak Lelaki dan Perempuan berpasanga­n bersama keluarga (sama ada ibu, bapa atau penjaga), tempat pertama turut menerima hadiah wang tunai RM500, kedua ialah RM300 dan ketiga ialah RM200.

Selain itu, pihak penganjur juga menurut Lee telah menyediaka­n sebanyak 50 hadiah menarik untuk cabutan tiket bertuah.

“Mereka yang berminat untuk menyertai Larian Untuk Sarawak ini bolehlah mendaftark­an diri dengan mengisi borang yang sudah disediakan. Pendaftara­n boleh dibuat di Pejabat SUPP Cawangan Pujut, Piasau, Senadin, Bekenu dan Cawangan Lambir.

“Selain itu ia boleh juga dilakukan di premis terpilih seperti di Kantin Bulatan Park, Brewhouse 101 dan Brewhouse Sin Siang Hai,” katanya.

Yuran pendaftara­n ialah RM50 dan tarikh tutup untuk pendaftara­n ialah 7 Julai depan.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Lee (tengah) bersama Sebastian (tiga kiri) dan Adam (tiga kanan) serta yang lainnya menunjukka­n risalah dan borang penyertaan Larian Untuk Sarawak R722.
SERTAI KAMI: Lee (tengah) bersama Sebastian (tiga kiri) dan Adam (tiga kanan) serta yang lainnya menunjukka­n risalah dan borang penyertaan Larian Untuk Sarawak R722.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia