Utusan Borneo (Sarawak)

58 pasukan bakal berentap pada Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan ADUN Asajaya

-

KUCHING: Sejumlah 58 pasukan dari Kuching, Samarahan dan Serian berentap memburu kejuaraan pada Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan ADUN N.15 Asajaya Edisi Ke-51 2017 yang disingkap tirainya semalam.

Selain itu, penyertaan turut datang dari beberapa daerah berhampira­n seperti Simunjan, Sebuyau, Sadong Jaya dan Asajaya.

Pengerusi Kejohanan, Jalek Jaafar memberitah­u pihaknya tidak menjangka edisi tahun ini masih mendapat sambutan yang begitu menggalakk­an.

“Jumlah penyertaan yang kita terima membuktika­n kejohanan tertua ini masih mendapat tempat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan,” jelasnya ketika ditemui semasa majlis pembukaan rasmi kejohanan yang disempurna­kan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Buang Bolhassan.

Terdahulu dalam ucapan- nya, Buang melahir rasa gembira dengan usaha dilakukan Kelab Bola Sepak Sambir Bistari dalam meneruskan penganjura­n kejohanan ikonik daerah Asajaya itu.

“Kejohanan ini bukan sahaja menjadikan sambutan Aidilfitri di Asajaya meriah dan berbeza dengan tempat lain malah saya percaya ia dapat menyumbang kepada program pembanguna­n bola sepak di negeri ini,” katanya.

Juara akan merangkul RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Naib juara meraih RM3,000, piala iringan dan pingat mana- kala tempat ketiga bersama masing- masing menerima RM1,500, piala iringan dan pingat.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka merasmikan penutupan kejohanan pada Ahad, 9 Julai.

 ??  ?? RASMI: Buang menyepak bola sebagai simbolik perasmian kejohanan.
RASMI: Buang menyepak bola sebagai simbolik perasmian kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia