Utusan Borneo (Sarawak)

ASADIA anjur program belajar baharu

-

AKADEMI Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) akan menganjurk­an program belajar baharu seni warisan budaya Dayak untuk ahli-ahli ASADIA.

Ketua ASADIA, Mabong Unggang berkata, program belajar baharu ini akan bermula pada Julai ini dengan tujuan untuk memantapka­n lagi ilmu kemahiran ahli-ahli akademi.

“Kita di ASADIA telah mengadakan pelbagai siri kelas kebudayaan seperti tarian ngajat Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Sape, Kuntau (seni mempertaha­nkan diri), Betaboh dan banyak lagi.

“Saya percaya ada antara peserta-peserta dari siri pertama kelas ini yang masih kurang mahir dengan seni-seni yang telah mereka pelajari.

“Atas sebab itu, akademi merancang untuk mengadakan program belajar baharu seni-seni ini untuk memantapka­n lagi penguasaan kemahiran ini dalam kalangan ahli ASADIA,” katanya.

Mabong percaya dengan cara ini, ia bukan sahaja dapat memantapka­n penguasaan ilmu kemahiran ahli-ahli akademi dalam seni warisan budaya Dayak.

Malah lebih penting ia akan dapat memperkemb­angkan lagi seni warisan budaya kepada generasige­nerasi yang lain.

“Kita tidak mahu seni warisan budaya Dayak ini pupus ditelan zaman dan kita berharap usaha akademi ini akan mendapat sokongan daripada masyarakat Dayak sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, ASADIA baharu menamatkan satu lagi siri kelas belajar tarian ngajat Orang Ulu atau Kajet Doh dalam bahasa Kayan.

Kelas ini berlangsun­g selama dua bulan di Ibu Pejabat SADIA di Kota Sentosa dekat Kuching dan disertai oleh seramai 15 peserta perempuan.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada para peserta yang telah berjaya menamatkan kelas ini dan sebagai ketua ASADIA saya berharap masyarakat akan terus memberi sokongan kepada program-program kita yang seterusnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia