Utusan Borneo (Sarawak)

Memupuk anak agar menyayangi haiwan

-

KANAK-KANAK perlu dipupuk dengan nilainilai bertanggun­gjawab dan menyayangi haiwan peliharaan sejak dari kecil bagi mengelakka­n keskes pengabaian haiwan peliharaan, kata sebuah syarikat penjagaan haiwan peliharaan global.

Pengarah Kawasan Mars Petcare bagi Malaysia, Singapura dan Filipina Ong Chiek Ming berkata, adalah penting untuk menyemai sikap tanggungja­wab dan pemikiran yang betul pada kanak-kanak dalam menjaga haiwan ketika mereka masih kecil.

“Ia amat mengecewak­an setiap kali melihat haiwan ditinggalk­an semata-mata kerana kanak-kanak atau pemilik haiwan kesayangan tidak faham mengenai kaedah dan komitmen menjaga haiwan peliharaan.

“Yang penting ialah memastikan pendidikan bermula dari peringkat awal, “katanya kepada pemberita pada program ‘Jom Sayangi Haiwan Kita’ yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seafield 3 di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Program itu diadakan oleh syarikat itu dengan kerjasama sekolah untuk memupuk pemahaman mengenai pentingnya sikap tanggungja­wab terhadap haiwan. INISIATIF GLOBAL

Inisiatif global ini bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran tentang pentingnya menjaga haiwan peliharaan terutama kucing di kalangan kanakkanak sekolah berusia 10 hingga 12 tahun.

Program itu yang bermula di lima sekolah di Lembah Klang telah diperluask­an ke Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Program tersebut menyasarka­n untuk melibatkan lebih 66,000 kanak-kanak pada akhir bulan Mei.

Melalui sesi interaktif itu Ong berkata, ia juga menggalakk­an anak-anak untuk mempunyai sikap belas kasihan terhadap orang lain apabila mereka semakin dewasa.

Beliau juga berkata menjadi pemilih haiwan peliharaan yang bertanggun­gjawab juga pasti dapat mengukuhka­n ikatan kekeluarga­an dan memupuk tabiat yang baik ketika masih kecil dan amalan itu akan berkekalan sehingga dewasa selain mewujudkan dunia yang penyayang dan selesa untuk haiwan kesayangan.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seafield 3 Nik Suhaida Razak berkata, penerapan nilai-nilai dan ikatan antara kanak-kanak dan haiwan juga berfungsi sebagai terapi mengatasi tekanan selepas mengharung­i kesibukan di sekolah terutama menjelang peperiksaa­n.

“Bukan itu sahaja, ia juga terbukti dapat merapatkan ikatan kekeluarga­an.

“Saya telah menyaksika­n perubahan besar dalam diri ahli keluarga saya,” kata Nik Suhaida yang memelihara seekor kucing Parsi.

Ibu kepada empat orang anak itu berkata kehadiran haiwan tersebut membawa kegembiraa­n kepada keluargany­a selepas suaminya meninggal dunia beberapa tahun lepas.

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Nik Suhaida (lima kanan) dan Ong (empat kanan) bersama para pelajar SK Seafield 3 sempena Program Pendidikan ‘Jom Sayangi Haiwan Kita’ di Petaling Jaya, baru-baru ini.
— Gambar Bernama CERIA: Nik Suhaida (lima kanan) dan Ong (empat kanan) bersama para pelajar SK Seafield 3 sempena Program Pendidikan ‘Jom Sayangi Haiwan Kita’ di Petaling Jaya, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? SAYANGI HAIWAN: Wakil produk makanan haiwan Whiskas, Nurul Najwa Adzme (kanan) menunjukka­n cara-cara menjaga kucing dengan betul kepada para pelajar sempena program tersebut di SK Seafield 3 Subang Jaya baru-baru ini.
— Gambar Bernama SAYANGI HAIWAN: Wakil produk makanan haiwan Whiskas, Nurul Najwa Adzme (kanan) menunjukka­n cara-cara menjaga kucing dengan betul kepada para pelajar sempena program tersebut di SK Seafield 3 Subang Jaya baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia