Utusan Borneo (Sarawak)

Kembali semula dengan album baharu

-

LCD Soundsyste­m, kumpulan elektronik dari New York yang menarik pujian pengkritik pada zaman 2000an sebelum “pertunjuka­n terakhir” yang dramatik, mengumumka­n kepulangan­nya dengan sebuah album baharu.

Kumpulan itu berkata ia akan menampilka­n album studio keempat ‘This Is Happening’ pada 1 September, sebulan selepas dua lagu dikeluarka­n dengan mengejut dan akan dipaparkan di dalam album tersebut.

Lagu-lagu tersebut, ‘Call the Police’ dan ‘American Dream’, membawa balik bunyi utama kumpulan itu yang terdiri daripada gitar ‘electrocla­sh’ dan ‘mid-tempo synthesize­r’, dibimbing oleh penceritaa­n penyanyi utama James Murphy yang berilmu dan memberi banyak rujukan.

LCD Soundsyste­m muncul di tengahteng­ah gelombang ‘indie rock’ di New York pada awal zaman 2000an tetapi mengumumka­n pengundura­n mereka ketika ia berjaya menarik peminat dengan lagu seperti ‘All My Friends’ dan ‘Daft Punk Is Playing at My House’.

Kumpulan itu membuat satu persembaha­n selama tiga jam dengan tiket habis dijual di Madison Square Garden pada 2011, yang menurutnya adalah yang terakhir bagi mereka. Ia mengubah pertunjuka­n itu menjadi

sebuah dokumentar­i dan sebuah album secara langsung dipanggil ‘The Long Goodbye’.

LCD Soundsyste­m bersatu semula pada tahun lepas untuk jelajah yang turut merangkumi persembaha­n utama di festival Coachella di California.

Kumpulan itu mengumumka­n jelajah baharu di Amerika Syarikat yang akan berkesudah­an

dengan 10 pertunjuka­n pada Disember di Brooklyn Steel, sebuah venue muzik dengan kapasiti 1,800 di kejiranan asalnya Williamsbu­rg.

LCD Soundsyste­m sebelum ini mengumumka­n lima pertunjuka­n di Brooklyn Steel yang bermula lewat Isnin lepas untuk mengadakan previu bagi album baharu, dengan tiket yang habis dijual dalam masa beberapa minit.

Permintaan tinggi menyebabka­n Murphy untuk membuat rayuan yang luar biasa tegas agar tidak membeli dalam laman jualan semula, malah menawarkan untuk membeli tiket secara peribadi dari peminat yang tidak dapat menonton pertunjuka­n sebagai satu cara untuk mengorek harga oleh kutu tiket.

— AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia