Utusan Borneo (Sarawak)

7-Eleven di Indonesia tutup perniagaan

-

JAKARTA: Indonesia kini tidak lagi mempunyai kedai runcit francais 24 jam 7-Eleven apabila kesemua kedai serbaneka itu akan ditutup mulai hari ini.

Penutupan kesemua 141 buah kedai itu diumumkan oleh syarikat pemilik rangkaian 7-Eleven Indonesia, PT Modern Internatio­nal dalam satu kenyataann­ya kepada Bursa Efek Indonesia barubaru ini.

Media- media tempatan memetik Direktur PT Modern Internasio­nal, Chandra Wijaya, sebagai berkata pemberhent­ian operasi kesemua kedai 7-Eleven itu adalah disebabkan masalah keter- batasan sumber dan urusan jual-beli saham perniagaan.

PT Modern Internatio­nal sebelum ini dilaporkan telah bersetuju menjual perniagaan rangkaian 7- Eleven Indonesia kepada PT Charoen Pokphand Restu Indonesia tetapi penjualan saham dan aset itu dibatalkan baru-baru ini setelah kedua-dua syarikat gagal mencapai kata sepakat.

Sehingga September 2016, terdapat 175 kedai 7-Eleven di Indonesia yang hanya beroperasi di Jakarta dan pada akhir tahun lepas lebih 20 kedai itu telah ditutup secara berperingk­at atas alasan tidak menguntung­kan.

Tinjauan Bernama men- dapati kebanyakan kedai 7- Eleven telahpun menutup operasi mereka sejak minggu lepas lagi dengan meletakkan notis mengenai pemberhent­ian operasi.

Francais rangkaian 7-Eleven mula memasuki Indonesia pada 2008 dan dikelolaka­n oleh PT Modern Sevel Indonesia, anak syarikat PT Modern Internatio­nal.

Menurut laporan kewangan suku pertama 2017 PT Modern Internasio­nal, hasil penjualan daripada 7-Eleven mengalami penurunan sebanyak 37.17 peratus daripada Rp220,66 juta ( Rp1 juta lebih kurang RM300) kepada Rp138,62 juta.

Sementara itu Menteri Perdaganga­n Indonesia Enggartias­to Lukita menyangkal dakwaan bahawa penutupan 7-Eleven itu menunjukka­n kelembapan sektor peruncitan di Indonesia kerana masih banyak kedai runcit 24 jam tempatan beroperasi seperti biasa.

Katanya, penutupan itu adalah disebabkan masalah dalaman dan kerugian yang dialami syarikat tersebut.

Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk bertemu dengan pengurusan syarikat berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut mengenai penutupan kedai francais itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia