Utusan Borneo (Sarawak)

HEP Baleh: SEB anugerah kontrak kerja sivil utama kepada China Gezhouba Group dan Untang Jaya

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad ( SEB) telah menganuger­ahkan kontrak kerja sivil utama Projek Hidroelekt­rik (HEP) Baleh 1285 megawatt kepada China Gezhouba Group Company Limited dan Untang Jaya Sdn Bhd Joint Venture, setelah disahkan oleh kerajaan negeri pada Mac lalu.

Kontrak tersebut merangkumi reka bentuk yang dijangka bermula pada Ogos dan pembinaan empangan utama pada Oktober 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Sharbini Suhaili berkata, penganuger­ahan projek tersebut adalah penting bagi HEP Baleh, salah satu projek infrastruk­tur terbesar di Sarawak.

“Empangan ini akan menjana tambahan 1,285 megawatt tenaga boleh diperbahar­ui ke grid apabila ia dioperasik­an sepenuhnya pada 2025 dan akan membantu memenuhi wawasan Sarawak untuk pertumbuha­n dan kemakmuran yang mampan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Empangan setinggi 188 meter itu akan terletak di Sungai Baleh, kira-kira 95 kilometer ke hulu dari persimpang­annya dengan Sungai Rajang di Kapit.

HEP Baleh juga akan menandakan pembukaan pertama China Gezhouba Group Company Limited ke dalam pembinaan di Malaysia.

Syarikat itu adalah pakar kuasa hidro dengan lebih 40 tahun pengalaman.

Justeru bagi menyediaka­n peluang pekerjaan kepada belia tempatan, SEB telah bekerjasam­a dengan institusi latihan dalam melaksanak­an program pembinaan kapasiti khas kepada kira-kira 500 belia dari Kapit khususnya kawasan Baleh untuk menjalani pelbagai kursus kemahiran teknikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia