Utusan Borneo (Sarawak)

Nanopac yakin peroleh tawaran teknologi hijau bernilai AS$60 juta

-

ASTANA ( KAZAKHSTAN): Syarikat teknologi nano, Nanopac (M) Sdn Bhd, yakin akan memperoleh perjanjian teknologi hijau bernilai AS$60 juta (AS$1 = RM4.30) dengan GC Global Consulting GMBH, Switzerlan­d pada September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Nanopac (CEO), Datuk Dr Cheng Kok Leong, berkata tawaran selama tiga tahun itu dijangka dimeterai pada September selepas CEO/ Pengasas GC Global, Raffael Wullschleg­er melawat kemudahan syarikat berkenaan di Malaysia pada Julai.

“Di bawah perjanjian terbabit, GC Global akan mempromosi­kan teknologi sistem solar hibrid serta nanoteknol­ogi kami dalam projekproj­ek kediaman serta komersil di Emiriyah Arab Bersatu, India, Amerika Syarikat, Jerman, UK, Jerman dan Afrika.

“Mereka juga akan menyediaka­n pembiayaan usaha niaga dan projek- projek dalam panel tenaga cahaya nano, nano fotovolta atau sistem tandas kendiri,” katanya kepada media Malaysia selepas bertukar-tukar memorandum persefaham­an ( MoU) dengan Wullschleg­er di pavilion Malaysia di sini kelmarin.

Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Syed Moha- mad Bakri dan Naib Presiden Kanan Bioindustr­ial Zainal Azman Abu Kassim, menyaksika­n upacara tersebut.

Cheng berkata GC Global juga akan menjadi bahagian pemasaran Nanopac dalam penyumbera­n bagi rakan kongsi dan/atau projek- projek tenaga boleh diperbahar­ui.

Beliau berkata sekarang ini, Nanopac mempunyai tiga kilang iaitu di Puchong dan Tanjung Malim (Malaysia) serta di Korea Selatan.

Sementara itu, Wullschleg­er berkata, Nanopac mampu menawarkan teknologi hijau pada harga yang berpatutan.

“Sebagai contoh, terdapat lebih 100,000 rumah tanpa tandas di Jerman, ini merupakan salah satu cabaran terbesar yang kami hadapi sekarang dan Nanopac mempunyai penyelesai­an untuk itu,” katanya.

MoU hari ini( kelmarin) a d a l a h y a n g k e l i - ma dibuat sepanjang tiga bulan berlangsun­gnya, Ekspo Astana 2017 yang bermula sejak 10 Jun 2017.

Terdahulu, Malaysia telah memperoleh lebih daripada AS$ 1.6 bilion dalam potensi perdaganga­n dan pelaburan hanya dalam tiga minggu pertama ekspo itu berjalan, jauh mengatasi sasaran RM1 bilion yang ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia