Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia X mula penerbanga­n ke Honolulu, Hawaii

-

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbanga­n tambang rendah jarak jauh, AirAsia X mengadakan penerbanga­n sulung dari Kuala Lumpur ke Honolulu semalam, mendarat di Lapangan Ter- bang Antarabang­sa Daniel K. Inouye, dengan faktor muatan melebihi 90 peratus.

“Laluan mercu tanda ke Hawaii ini adalah satu lakaran babak baharu yang berani dalam usaha membantu lebih ramai orang melancong lebih jauh dengan harga yang lebih rendah.

“Ini hanya satu permulaan, dan tidak lama lagi penumpang kami akan menikmati penerbanga­n ke lebih banyak destinasi di Amerika Syarikat apabila kami terus melebarkan kedudukan kami ke persada antarabang­sa,” kata Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz dalam satu kenyataan semalam.

Penerbanga­n D7 001 itu menandakan penyertaan pertama syarikat penerbanga­n itu ke pasaran AS.

Laluan empat kali seminggu itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Honolulu melalui Osaka, Jepun.

Bagi meraikan penerbanga­n sulungnya itu, AirAsia X akan menawarkan tambang serendah RM899 untuk tempat duduk standard atau RM2,999 untuk pemegang anugerah Flatbed Premium, dari Kuala Lumpur ke Hono- lulu.

Promosi tambang ini yang tersedia di laman web AirAsia, airasia. com, dari sekarang sehingga 2 Julai 2017 untuk tempoh perjalanan antara I Okt 2017 dan 28 Ogos tahun depan.

Penumpang yang transit di Osaka tidak memerlukan visa Jepun untuk tempoh persinggah­an selama dua jam dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing dalam penerbanga­n setelah melalui sebarang pemeriksaa­n bagasi atau barangan oleh pihak keselamata­n. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia