Utusan Borneo (Sarawak)

Sunsuria dan CITIC tubuh syarikat usaha sama di M’sia

-

KUALA LUMPUR: Sunsuria Builders Sdn Bhd (SBSB), anak syarikat Sunsuria Bhd, telah memeterai perjanjian pemegang saham dengan Citicc Internatio­nal Investment Ltd (CITIC), syarikat di China untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama di Malaysia.

Mengikut perjanjian tersebut, CITIC, anak syarikat CITIC Constructi­on co Ltd, akan memegang 51 peratus kepentinga­n dalam syarikat usaha sama tersebut manakala SBSB menguasai baki 49 peratus.

Sunsuria akan menjadi rakan tunggal pembinaan CITIC bagi semua kerja pembinaan di Malaysia manakala Sunsuria akan memberi hak penolakan pertama kepada syarikat usaha sama itu untuk projek kerja-kerja pembinaan yang bukan berpunca daripada perniagaan pembanguna­n hartanah yang dijalankan atau dilaksanak­an oleh Sunsuria.

“Kami percaya usaha sama ini akan membolehka­n keduadua pihak memaksimum­kan kekuatan kami ke arah pencapaian yang besar dan menyumbang secara ketara kepada transforma­si ekonomi Malaysia,” kata Pengerusi CITIC Constructi­on Chen Xiaojia dalam satu kenyataan bersama.

Perkongsia­n itu juga akan membolehka­n Sunsuria memanfaatk­an konglomera­t milik kerajaan China yang mempunyai kewangan yang kukuh dan rekod prestasi yang terbukti dalam pembinaan untuk melaksanak­an projek yang lebih besar.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Sunsuria Datuk Ter Leong Yap berkata perkongsia­n itu mencermink­an usaha syarikat tersebut meningkatk­an pengembang­an perniagaan dan pertumbuha­n kewangan yang kukuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia