Utusan Borneo (Sarawak)

Kardinal Vatican didakwa mencabul kanak-kanak

Diarahkan hadir di Mahkamah Melbourne pada 18 Julai

-

SYDNEY: Kardinal George Pell, salah seorang pegawai paling berkuasa di Vatican dan pegawai Katolik paling kanan di Australia, semalam didakwa bagi kesalahan seks kanak-kanak, yang dia “telah nafikan dengan tegas”.

Pell, ketua kewangan Vatican dan paderi Katolik yang berpangkat paling tinggi berdepan dengan dakwaan sebegitu, telah disoal siasat di Rom oleh pihak berkuasa Australia pada Oktober lepas berhubung tuduhan tersebut.

“Polis Victoria mendakwa Kardinal George Pell dengan kesalahan penderaan seksual bersejarah,” Timbalan Pesuruhjay­a Shane Patton memberitah­u wartawan.

“Terdapat beberapa aduan berkaitan dengan tuduhan tersebut.”

Patton berkata paderi berusia 76 tahun itu telah diarahkan untuk hadir di Mahkamah Majistret Melbourne pada 18 Julai.

Tiada maklumat mengenai tuduhan yang diberikan dan Patton tidak akan menerima sebarang soalan, memetik keperluan untuk mengekalka­n integriti dalam proses kehakiman.

Pegawai Katolik semalam berkata Pell akan pulang ke negara asalnya untuk membersihk­an namanya selepas menerima nasihat dan kelulusan daripada doktornya.

“Dia telah sekali lagi menafikan sepenuhnya semua tuduhan. Dia menyatakan dia tidak sabar menunggu untuk hadir di mahkamah dan akan mempertaha­nkan diri dari tuduhan dengan sepenuhnya,” Uskup Agung Katolik di Sydney menyatakan dalam satu kenyataan.

Australia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Vatican, namun mempunyai satu dengan Itali.

Peguam mewakili dua lelaki yang tidak dinyatakan nama mereka yang membuat dakwaan penderaan seksual terhadap Pell berkata mereka “sangat pasti” dengan tuduhan tersebut.

“Ia adalah sangat sukar untuk mereka menunjukka­n diri mereka,” Ingrid Irwin memberitah­u Herald Sun di Melbourne. “Untuk keluar menentang seseorang yang hampir menyamai Tuhan, dalam minda segelintir orang, telah menimbulka­n pelbagai masalah kepada mereka.”

Pengumuman itu sejajar dengan peringkat terakhir siasatan negara selama ini mengenai respons terhadap penderaan seks kanak-kanak, diarahkan pada 2012 selepas tekanan yang meningkat selama sedekad bagi menyiasat tuduhan meluas terhadap pedofilia dalam institusi.

Suruhanjay­a diraja telah bercakap dengan ribuan mangsa dan mendengar aduan tentang pencabulan kanak- kanak melibatkan gereja, rumah anak yatim, kelab sukan, kumpulan belia dan sekolah.

Pell telah hadir di depan suruhanjay­a sebanyak tiga kali, sekali secara peribadi dan dua kali melalui komunikasi video, yang mana dia mengaku bahawa dia “membuat kesilapan” dalam menangani paderi pedofilia di negeri Victoria pada tahun 1970.

Tuduhan terhadap Pell bermula daripada siasatan yang berpanjang­an oleh pasukan petugas Polis Victoria yang melihat kepada tuduhan dibangkitk­an oleh suruhanjay­a diraja dan daripada siasatan Parlimen negara.

Siasatan mengeluark­an data pada Februari yang menunjukka­n tujuh peratus daripada paderi Katolik dituduh mencabul kanak-kanak di Australia di antara 1950 dan 2010, namun tuduhan itu tidak pernah disiasat.

Kira- kira 4,444 insiden yang didakwa pedofilia telah dilaporkan kepada pihak berkuasa gereja dan, di beberapa diosis, lebih 15 peratus daripada paderi adalah pelaku, menurut inkuiri.

Anggaran umur mangsa pada masa itu adalah 10 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan 11 bagi lelaki.

Pell telah dilantik sebagai paderi di Rom pada 1966 sebelum kembali ke Australia pada 1971 dan bangkit menjadi pegawai tinggi Katolik di negara itu.

Dia dituduh melakukan penderaan seks ketika dia memegang jawatan Uskup Sydney pada 2002, namun kemudian dibebaskan dari sebarang salah laku.

Kardinal itu berpindah ke Vatican pada 2014 selepas dipilih oleh Pope Francis untuk menjadikan kewangan gereja lebih telus.

Pope Francis menyatakan pada tahun lepas ketika ditanya mengenai tuduhan terhadap kardinal bahawa “kita harus mengelakka­n keputusan media, satu keputusan yang berdasarka­n gosip”.

Patton menegaskan bahawa Pell telah “dilayan sama seperti orang lain dalam siasatan.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HURU-HARA: Anggota pasukan keselamata­n menangkap seorang penunjuk perasaan di Rabat pada 20 Jun lalu semasa protes dalam menyokong pergerakan akar umbi untuk wilayah Rif yang terabai. Rif sudah lama menjalin hubungan tegang dengan pihak berkuasa pusat...
— Gambar AFP HURU-HARA: Anggota pasukan keselamata­n menangkap seorang penunjuk perasaan di Rabat pada 20 Jun lalu semasa protes dalam menyokong pergerakan akar umbi untuk wilayah Rif yang terabai. Rif sudah lama menjalin hubungan tegang dengan pihak berkuasa pusat...
 ?? — Gambar AFP ?? BERDEPAN TUDUHAN BERAT: Gambar fail menunjukka­n Kardinal Pell ketika upacara menandakan bermulanya sambutan Easter pada 2 April, 2015 di Gereja St Peter di Vatican.
— Gambar AFP BERDEPAN TUDUHAN BERAT: Gambar fail menunjukka­n Kardinal Pell ketika upacara menandakan bermulanya sambutan Easter pada 2 April, 2015 di Gereja St Peter di Vatican.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia