Utusan Borneo (Sarawak)

Empat balu saman Shell di mahkamah Belanda

-

THE HAGUE: Empat wanita Nigeria telah mengambil tindakan undang- undang di beberapa mahkamah Belanda terhadap firma minyak Anglo-Belanda Shell dengan menuduhnya bersubahat dalam hukuman mati terhadap suami mereka pada 1990 oleh tentera Nigeria, kata Amnesty Internatio­nal semalam.

Kes sivil itu telah dikemukaka­n oleh Esther Kiobel, balu kepada Barinem Kiobel, yang digantung pada 1995 bersama dengan penulis dan penganjur kempen Ken Saro-Wiwa serta tujuh orang lagi. Tiga balu lagi telah menyertai tindakan itu di The Hague.

Satu writ dijangka akan dikemukaka­n di mahkamah sivil di The Hague semalam menyatakan bahawa Shell telah bersubahat “dalam penahanan, pengurunga­n dan hukuman bertentang­an dengan undang-undang terhadap sembilan lelaki yang digantung oleh kerajaan tentera Nigeria pada tahun 1990,” menurut Amnesty dalam satu kenyataan.

Saro-Wiwa, presiden dan pengasas Movement for the Survival of the Ogoni People ( MOSOP), dan lapan aktivis lain dihukum mati pada 10 November, 1995 selepas sebuah tribunal tentera mensabitka­n mereka bagi pembunuhan empat ketua kaum Ogoni.

Hukuman mati itu mencetuska­n bantahan global dan membawa kepada penyingkir­an Nigeria dari Komanwel. Negara barat Afrika itu telah dimasukkan semula dengan kepulangan kepada pemerintah­an sivil pada 1999.

Shell dituduh membantu dalam penahanan lelaki, yang cuba untuk mengganggu secara aman pembanguna­n minyak di wilayah tersebut kerana kesannya terhadap kesihatan dan alam sekitar.

“Shell telah mengelak bertanggun­gjawab bagi persubahat­an dengan kematian ini selama lebih 20 tahun namun sekarang, hasil daripada kesungguha­n dan keberanian Esther Kiobel dalam bertindak terhadap gergasi korporat ini, masa lampau telah akhirnya menerima akibatnya,” tegas Audrey Gaughran, pengarah kanan bagi penyelidik­an di Amnesty.

Selepas kematian suaminya, Kiobel telah pergi ke Benin pada 1998 dan kemudian berpindah ke Amerika Syarikat (AS) di mana beliau masih lagi menetap di sana.

Beliau telah berusaha bersama dengan mereka yang lain bagi membawa kesnya hingga ke mahkamah AS, namun pada 2013 Mahkamah Agung AS memutuskan bahawa sistem kehakiman AS tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes tersebut.

Amnesty sekarang berharap mahkamah di The Hague akan bersetuju untuk mendengar kes itu, walaupun satu keputusan mengenai sama ada ia akan diteruskan masih lagi mempunyai tempoh beberapa bulan untuk dipertimba­ngkan.

Pergerakan Ogoni ditubuhkan pada 1990 bagi membantah pencemaran dan kemusnahan ekosistem bagi 500,000 penduduk di komuniti Ogoni, yang tinggal di bahagian tanah kaya dengan minyak di hujung utara Niger Delta. — AFP WARSAW: Polis di Poland berkata mereka telah memindahka­n penumpang dari kereta api yang bergerak dari Warsaw ke Berlin pada petang kelmarin selepas menerima ancaman bom.

Kereta api berhenti di Mogilno, barat Poland, selepas perkhidmat­an kereta api negeri menerima satu e-mel dengan ancaman bom.

“Kami telah memindah- SAO PAULO: Seorang lelaki memandu keretanya merempuh pagar kediaman presiden Brazil kelmarin dan telah ditangkap, kata pasukan keselamata­n.

Presiden Michel Temer tidak ada di dalam bangunan semasa kejadian.

Pengawal telah melepaskan kan beberapa ratus orang dari kereta api tersebut,” jurucakap polis Mogilno Magdalena Pollack memberitah­u AFP.

“Sebuah skuad bom sedang memeriksa sama ada ini adalah satu amaran palsu,” tambahnya.

Tidak seperti negara lain di Eropah Barat, Poland tidak mempunyai sejarah terkini bagi keganasan. — AFP tembakan amaran dan kemudian menembak ke arah kenderaan apabila ia enggan berhenti, sebelum menahan pemandu tersebut, yang kelihatan sebagai seorang bawah umur, menurut kenyataan tersebut. Temer tinggal di sebuah kediaman rasmi lain.

Pemandu itu tidak meng- alami kecederaan dan kereta itu berhenti di pekarangan kediaman Alvorada. Imejimej yang ditunjukka­n oleh laman sesawang berita G1 menunjukka­n pagar kediaman presiden telah dilanggar hingga roboh dan kelongsong peluru senapang di atas lantai di luar bangunan.

Akses ke kawasan tersebut telah ditutup selepas insiden tersebut. Temer menetap di Jaburu, satu lagi kediaman rasmi, kurang sebatu jauhnya dari Alvorada.

Temer mempunyai kadar populariti paling rendah di antara mana-mana presiden dalam tempoh hampir 30 tahun, hanya tujuh peratus, ditunjukka­n oleh peninjau Datafolha pada minggu lepas.

Temer didakwa pada Isnin lepas kerana menerima rasuah dan Mahkamah Agung telah menghantar dakwaan kepada dewan rakyat kelmarin. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? KAWALAN KETAT: Anggota polis dan tentera berkawal selepas pemandu kereta merempuh pagar kediaman rasmi presiden di Brasilia, Brazil kelmarin.
— Gambar Reuters KAWALAN KETAT: Anggota polis dan tentera berkawal selepas pemandu kereta merempuh pagar kediaman rasmi presiden di Brasilia, Brazil kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia