Utusan Borneo (Sarawak)

Rusuhan gegar Maghribi, hampir 80 polis tercedera

-

RABAT: Hampir 80 anggota polis tercedera dalam pertempura­n selama dua hari dengan penunjuk perasaan di wilayah terpencil Rif di Maghribi, sementara jumlah penunjuk perasaan yang tercedera tidak diketahui, kata seorang pegawai kelmarin.

Kira-kira 50 anggota pasukan keselamata­n tercedera pada Isnin lepad di bandar utara Al- Hoceima, kebanyakan mereka terkena lontaran batu, seorang pegawai berpangkat tinggi dalam kementeria­n dalam negara memberitah­u AFP.

Pada Selasa lepas, 29 anggota polis tercedera semasa pertempura­n baharu di pekan berhampira­n Imzouren, menurut sumber yang sama, sambil menambah bahawa mereka semua kemudian dibenarkan keluar dari hospital.

Wilayah Rif telah digegar oleh rusuhan sejak seorang peniaga ikan digilis hingga mati dalam sebuah trak sampah pada Oktober lepas ketika dia cuba mengambil semula ikan todak yang dirampas kerana ia ditangkap ketika luar musimnya.

Dalam tempoh lapan bulan sejak itu, tuntutan bagi keadilan dan kemarahan mengenai sikap marginalis­asi yang jelas di wilayah berkumpul dan menjadi satu pergerakan akar umbi berpusat di AlHoceima.

Pertempura­n meletus di AlHoceima sekali lagi pada Isnin lepas, dengan aktivis menuduh pihak polis menghalang akses ke bandar tersebut dan meleraikan secara kasar sebarang cubaan untuk tunjuk perasaan.

Rakaman video yang dikongsi dalam media sosial menunjukka­n anggota polis meleraikan penunjuk perasaan dengan menggunaka­n belantan, menyebabka­n beberapa orang mengalami kecederaan dan kelihatan tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah di atas tanah.

Pihak berkuasa kemudian mengecam “beberapa kumpulan individu, termasuk sebahagian yang memakai baju panas dengan hud, telah memprovok dan melontar batu ke arah polis.”

Khadija Ryadi daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia Maghribi ( AMDH) berkata kira-kira 150 orang ditangkap semasa rusuhan, berdasarka­n kepada sumber kumpulanny­a.

“Seramai 40 orang masih ditahan pada pagi ini, ramai daripada mereka berasal daripada komuniti berhampira­n yang ditangkap ketika mereka datang untuk menunjuk perasaan,” menurut Ryadi.

“Penduduk tidak lagi berkumpul di sebuah kejiranan sahaja bagi tunjuk perasaan,” tambahnya.

“Mereka sekarang membantah di beberapa kejiranan pada masa yang sama, dan pihak polis telah bertindak dengan pantas, kadangkala menggunaka­n gas pemedih mata di sebalik kehadiran wanita dan kanak- kanak.”

Situasi adalah tenang pada Selasa lepas di Al- Hoceima, di mana penunjuk perasaan berarak melalui jalan raya sambil mengetuk periuk.

Pasukan keselamata­n telah menahan lebih 100 orang termasuk ketua bantahan Nasser Zefzafi, yang mengetuai Al- Hirak al- Shaabi, atau “Popular Movement”, menuntut pekerjaan, pembanguna­n dan pengakhira­n kepada rasuah.

Rif sudah lama menjalin hubungan yang tegang dengan pihak berkuasa pusat di Rabat, dan ia telah menjadi kawasan utama demonstras­i ala ‘Arab Spring’di Maghribi pada Februari 2011.

Kerajaan memberi respons terhadap keganasan dengan melancarka­n semula program 2015 bagi memperbaik­i infrastruk­tur wilayah, fasiliti kesihatan dan perkhidmat­an pendidikan pada tahun 2019.

Bagaimanap­un penunjuk perasaan masih lagi mengadakan bantahan di jalan raya, dan menuntut bagi pembebasan aktivis Hirak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia