Utusan Borneo (Sarawak)

Akhbar China tuduh Australia intip China

-

BEIJING: Sebuah akhbar rasmi China menuduh Australia mengintip China dan mencuri teknologin­ya semalam, beberapa minggu selepas Beijing menafikan tuduhan campur tangan dalam politik Australia.

Seorang pekerja di jabatan keselamata­n negara China memberitah­u Global Times bahawa beberapa ejen perisikan Australia “yang menyamar” telah mengumpul maklumat daripada rakyat China di luar negara atau “malah menemui mereka untuk merosakkan China”.

Beberapa ejen turut mengawasi dengan rapat rakyat China dan kedutaan di Australia untuk menggagalk­an “ancaman pengintip China”, menurut artikel yang diterbitka­n di muka depan akhbar tersebut.

“Dalam perjuangan terselindu­ng global, Australia tidak pernah memainkan peranan sebagai mangsa,” kakitangan yang tidak dikenali telah dipetik sebagai berkata.

“Bagaimanap­un, mereka sewenang- wenangnya melakukan intipan terhadap China dan menuduh China tanpa asas sebagai mengintip mereka. Logiknya adalah tidak masuk akal.”

Kerajaan Australia tidak segera memberi respons.

Artikel selepas satu laporan media Australia pada bulan ini bahawa agensi perisikan Australia mempunyai kebimbanga­n bahawa China telah campur tangan dalam institusi Australia dan menggunaka­n sumbangan politik bagi mendapatka­n akses.

Siasatan oleh Australian Broadcasti­ng Corporatio­n dan Fairfax Media mendapati golongan elit politik di negara ini telah memberi amaran pada dua tahun lepas mengenai penerimaan sumbangan daripada dua bilionair yang mempunyai hubungan dengan Parti Komunis China.

Namun di sebalik telah diberikan amaran oleh agensi perisikan negara kedua-dua parti Liberal dan Buruh terus menerima wang tunai dalam jumlah yang banyak.

Siasatan menunjukka­n pemaju hartanah Huang Xiangmo dan Chau Chak Wing, atau syarikat mereka, menyumbang kira-kira AUD6.7 juta kepada parti-parti politik sejak lebih sedekad.

Ekoran laporan itu Canberra mengumumka­n ia telah melancarka­n siasatan mengenai undang-undang penceroboh­an dan campur tangan kerajaan asing. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia