Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan ibu, anak ditipu gara-gara panggilan telefon mencemaska­n

-

SIBU: Bertindak tanpa usul periksa menyebabka­n seorang lelaki kerugian RM5,000 selepas ibunya menerima satu panggilan telefon yang mencemaska­n.

Sikap enggan bertanya kedua-dua pasangan ibu dan anak lelakinya yang bertindak mengikut naluri masing- masing menyebabka­n mereka menjadi mangsa mudah ditipu.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi Rabu lepas, si ibu yang berumur 60-an telah menerima satu panggilan daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan dirinya sebagai pegawai polis.

Pemanggil berkenaan kemudian memberitah­u ibu pengadu bahawa anak lelakinya telah ditahan oleh polis dan kononnya mereka menjumpai dadah di dalam keretanya.

Ibu pengadu kemudian diarah pemanggil untuk membuat pemindahan wang sebanyak RM5,000 melalui transaksi ATM ke satu akaun bank supaya anaknya dapat dibebaskan daripada tahanan polis.

Percaya dengan katakata pemanggil, dia terus menghubung­i anak lelakinya untuk membuat pemindahan wang sebanyak RM5,000 ke akaun berkenaan.

Disebabkan terlalu sibuk dan enggan banyak soal, pengadu terus pergi ke sebuah bank pada tengah hari yang sama untuk berbuat demikian.

Sekitar jam 4 petang, si ibu menghubung­i pengadu dan bertanya bila dia yang kononnya ditahan akan dibebaskan oleh polis.

Hairan dengan katakata itu, pengadu meminta penjelasan dan terkejut apabila mengetahui apa yang dimaksudka­n oleh ibunya.

Selepas sedar bahawa mereka telah menjadi mangsa penipuan, ia sudah agak terlambat untuk mereka membuat laporan polis.

Kedua-dua pasangan ibu dan anak membuat laporan polis pada jam 6 petang.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia