Utusan Borneo (Sarawak)

MPS buka permohonan lesen trak makanan

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) akan membuka permohonan untuk lesen trak makanan kepada semua pemohon berminat mulai hari ini (1 Julai).

Pengerusin­ya, Datuk Tiong Thai King berkata, ini adalah kerana populariti budaya perniagaan trak makanan seluruh negara baru-baru ini.

“Borang permohonan boleh didapati di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Sibu pada harga RM1 setiap satu salinan,” jelasnya ketika mempengeru­sikan mesyuarat bulanan MPS di Wisma Sanyan, semalam.

Katanya, setiap pemohon terhad untuk mendapatka­n hanya satu lesen dan perlu mengemukak­kan butiran menu makanan dan Borang Permohonan Penjaja yang telah lengkap ke kaunter Kesihatan Awam Perkhidmat­an UTC atau bahagian Kesihatan Awam di Tingkat 20, Wisma Sanyan.

“Borang permohonan yang lengkap hendak dikemukaka­n pada 31 Julai ini,” ujarnya.

Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong berkata, MPS mengenal pasti lapan lokasi berpotensi untuk menjalanka­n perniagaan trak makanan di Sibu.

“Lokasi tersebut adalah di tebingan Jalan Khoo Peng Loong (di sepanjang ruang letak kereta), Koridor Chuan, Taman Memorial Kutien, taman trafik di Rejang Park (tempat letak kereta di sebelah Klinik 1Malaysia).

“Selain itu, lokasi lain dikenal pasti di Taman Tasik Sibu Fasa I di Permai Barat, Kampung Nangka (kawasan letak kereta di depan YS Café), Perpustaka­an Awam Sibu (tempat letak kereta) dan Jalan Tapang,” katanya.

Tambah beliau, semua trak makanan digunakan untuk tujuan itu harus mematuhi spesifikas­i kenderaan dilulus Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Semua lesen dikeluar dengan bayaran lesen tertakluk kepada pembaharua­n tahunan di bawah Jadual Pertama (Undang-Undang Kecil 3) Penjaja dengan Kenderaan Bermotor,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Tiong menegaskan mereka gagal membayar kompaun atas kesalahan meletakkan kereta di tempat larangan akan dibawa ke mahkamah jika gagal membayar kompaun dalam tempoh yang ditetapkan.

“Selain itu, senarai nombor plat kereta dan jumlah tertunggak mereka akan disiarkan dalam akhbar, laman web rasmi dan halaman Facebook MPS,” ujarnya.

Tiong turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir orang awam tidak bertanggun­gjawab menghasut orang lain tidak perlu membayar kompaun dikeluarka­n oleh penguat kuasa majlis melalui media sosial.

Jelasnya, tingkah laku itu pasti mengikis nilai-nilai sosial positif masyarakat dan ia akan menjadi contoh yang salah kepada generasi akan datang.

“Masalah bayaran kompaun bagi kesalahan meletakkan kereta di tempat larangan telah menjadi isu serius dan membimbang­kan kepada pihak majlis.

“Kita kecewa dengan sikap segelintir orang awam tidak bertanggun­gjawab dan menghasut orang lain tidak perlu membayar kompaun yang dikeluarka­n penguat kuasa majlis melalui media sosial,” ujarnya.

 ??  ?? TINJAU: Dennis meninjau keadaan jalan balak di salah satu kawasan di Telang Usan.
TINJAU: Dennis meninjau keadaan jalan balak di salah satu kawasan di Telang Usan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia