Utusan Borneo (Sarawak)

Farisha berubah sebelum lemas: Bapa

-

PENDANG: “Selalunya Farisha enggan salam dengan orang, tapi dua hari sebelum itu dia salam dengan semua orang termasuk tetamu yang tidak dikenali,” kata Mohd Fadhlisham Che Me, bapa kanak- kanak setahun 10 bulan yang ditemui lemas di dalam parit di belakang rumah mereka di Rancangan Tanah Pinggir Bukit Mat Insun, di sini petang kelmarin.

Farisha Afrina ditemui tertiarap di dalam parit itu pada jam 6.30 petang kira-kira dua jam selepas kehilangan­nya disedari anggota keluarga.

Mohd Fadhlisham, 39, berkata sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini, Farisha yang juga menghidap jantung berlubang sejak lahir sangat peramah dan keletahnya menyebabka­n anggota keluarga sering tertawa.

“Saya hanya perasan perubahan yang ditunjukka­n tetapi tidak mengesyaki apa- apa sehinggala­h kejadian petang semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Menurut Fadhlisham, kali terakhir dia melihat anak bongsunya itu ialah sekitar jam 2.30 petang ketika dia keluar memb e l i b a r a n g a n d a p u r d i pekan Pendang, manakala Farisha dan dua lagi anaknya yang masing- masing berusia lapan dan 12 tahun ditinggalk­an di bawah jagaan adik iparnya.

“Isteri saya, Siti Aurah Desa, 35, masih belum pulang dari tempat kerja di sebuah kilang plastik di Padang Lembu,” katanya menambah dia menerima panggilan telefon daripada adik iparnya yang berusia 31 tahun kira-kira jam 4.30 petang.

K a t a n y a k e h i l a n - gan Farisha disedari selepas adik iparnya melihat pintu belakang rumah terbuka dan terjumpa lampin pakai buang yang dipakai kanakkanak itu di tepi parit di belakang rumah.

“Saya bergegas pulang dan mengesyaki anak saya ter- jatuh ke dalam parit kerana hujan lebat ketika itu,” katanya menambah dia terus melakukan pencarian di sepanjang parit tersebut bersama penduduk kampung.

Mayat Farisha ditemukan kira- kira 500 meter dari tempat dia dipercayai jatuh dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat dan selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Masjid AlHidayah Bukit Mak Insun pada 10.30 pagi semalam.

Sementara itu, ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim mengesahka­n kejadian tersebut dan mengklasif­ikasikan kes sebagai kematian mengejut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PILU: Mohd Fadlisham menunjukka­n gambar anaknya Farisha berusia setahun sepuluh bulan yang lemas di dalam parit bersebelah­an rumahnya di Rancangan Tepi Pinggir (RTP) Bukit Mak Insun dekat Pendang, semalam.
— Gambar Bernama PILU: Mohd Fadlisham menunjukka­n gambar anaknya Farisha berusia setahun sepuluh bulan yang lemas di dalam parit bersebelah­an rumahnya di Rancangan Tepi Pinggir (RTP) Bukit Mak Insun dekat Pendang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia