Utusan Borneo (Sarawak)

Aliran masuk dana bukan pemastauti­n sokong kenaikan ringgit, kata BNM

-

KUALA LUMPUR: Aliran masuk dana bukan pemastauti­n yang berterusan berjumlah RM12.1 bilion ke dalam pasaran kewangan Malaysia mendorong ringgit kekal sebagai mata wang yang mencatatka­n prestasi terbaik di rantau ini pada Mei, meningkat sebanyak 1.7 peratus berbanding dolar AS.

Bank Negara Malaysia ( BNM) dalam satu kenyataan semalam berkata pasaran ekuiti juga terus menerima aliran masuk dana bukan pemastauti­n sebanyak RM2 bilion pada Mei.

“Sentimen disokong oleh pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar yang lebih kukuh daripada dijangkaka­n pada suku pertama 2017 dan prospek ringgit yang bertambah baik.

“Bagaimanap­un, jualan menjelang hujung bulan telah menyebabka­n FBM KLCI mencatatka­n penurunan kecil sebanyak 0.1 peratus,” kata BNM.

Aliran masuk dana buk a n p e m a s t a u t i n k e dalam pasaran bon kera- jaan berjumlah RM9 bilion pada Mei, aliran masuk bulan kedua berturut-turut.

“Aliran masuk itu mencermink­an perkembang­an positif hasil daripada langkah-langkah untuk membangunk­an pasaran kewangan domestik.

“Hasilnya, kadar hasil MGS 3- tahun, 5- tahun dan 10-tahun turun masingmasi­ng sebanyak 4, 13 dan 17 mata asas,” kata BNM.

Bank pusat juga berkata terdapat mudah tunai mencukupi dalam sistem perbankan.

“Mudah tunai dalam sistem perbankan kekal menyokong aktiviti pembiayaan bankbank.

“Agregat lebihan mudah tunai yang ditempatka­n di Bank Negara berjumlah RM179.2 bilion,” kata BNM sambil menambah semua bank turut mengekalka­n nisbah perlindung­an mudah tunai melebihi keperluan pengawalse­liaan untuk menampung aliran keluar tunai yang tidak dijangka atau kejutan mudah tunai yang teruk,” kata BNM. — Bernama KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Berjaya Corporatio­n Bhd ( BCorp) meningkat kepada RM626.17 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April, 2017 berbanding RM293.74 juta setahun lepas, dipacu oleh segmen pelaburan hartanah dan pembanguna­n.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia kelmarin, syarikat itu berkata perolehan tahun itu turut meningkat kepada RM9.14 bilion daripada RM9.02 bilion sebelum ini, berikutan sumbangan lebih tinggi daripada segmen hotel dan pusat peranginan.

Bagaimanap­un, katanya, segmen perniagaan restoran, kafe serta perniagaan operasi permainan mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah.

Bagi t empoh s u k u keempat, BCorp mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM62.22 juta berbanding kerugian sebelum cukai RM466.1 juta.

Keupayaan syarikat itu mencatat keuntungan dalam suku semasa berbanding kerugian dalam suku tahun sebelumnya adalah disebabkan kerugian bukan tunai pada 2016 seperti nilai muhibah yang terjejas sebanyak RM473.20 juta serta aset yang dipegang untuk jualan berkaitan Berjaya (China) Great Mall Co Ltd sebanyak RM131.81 juta, kata kenyataan itu.

Perolehan bagi suku berkenaan juga susut kepada RM2.23 bilion daripada RM2.48 bilion, sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia