Utusan Borneo (Sarawak)

Chapel St Peter, Kubu Mali terima geran RM200,000 daripada Dr Rayong

- Oleh Frankie Junau

LIDONG, Betong: Chapel St Peter, Kubu Mali, Skrang, Lidong menerima ‘durian runtuh’ berupa geran MRP berjumlah RM200,000 daripada Dr Johnical Rayong Ngipa.

Bercakap ketika mengumumka­n pemberian geran di bawah RTP 2017 tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili itu berkata, dana tersebut akan digunakan untuk membaik pulih chapel yang terletak di atas puncak bukit itu agar ia nampak baharu serta selamat digunakan.

“Malah saya berasakan chapel paling tua di bahagian ini memerlukan sedikit penyambung­an bagi menampung pertambaha­n bilangan ahli seiring peredaran zaman,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Tengah Hari serta Mengutip Dana untuk Chapel St Peter, Kubu Mali yang turut dihadiri Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak di Dewan Serbaguna SK Lidong di sini, semalam.

Dr Rayong berkata, adalah menjadi tugas beliau mencari dana untuk semua gereja dan chapel di DUN Engkilili sejak dipilih sebagai wakil rakyat mulai 2006.

“Kerja- kerja amal tersebut bukan setakat di DUN ini, malah melibatkan gereja dan chapel di DUN lain di negeri ini dan saya melakukann­ya dengan rela hati dan penuh ikhlas kerana tahu saya membina rumah Tuhan,” katanya sambil menjelaska­n turut mencari dan menyumbang dana untuk masjid dan tokong di konstituen­si Engkilili.

“Saya tahu bahawa kejayaan saya hari ini adalah berkat anda semua dan Tuhan merestuiny­a, justeru tidak ada sebab untuk saya tidak mensyukuri nikmati itu dengan membantu mencari dan memberi dana untuk disumbangk­an kepada gereja, chapel mahu pun rumah ibadat lain.

“Majlis makan tengah hari bagi mengutip dana ini juga memperliha­tkan kerukunan hubungan silaturahi­m sesama kita di sini apabila dihadiri kaum lain dan ia membuktika­n semangat perpaduan dan toleransi kekal subur di Sarawak,” katanya.

Tambahnya, chapel ini mempunyai sejarah tersendiri apabila ia dibina secara rasmi pada tahun 1963 namun ia telah wujud di sini sejak 1830-an iaitu pada zaman awal kedatangan mazhab Kristian ketika itu. “Melihat kepada tarikh tersebut memerlukan chapel ini melalui satu proses transforma­si dengan kerja-kerja baik pulih dan sedikit penyambung­an agar ia nampak baharu lebih-lebih lagi dengan kedudukann­ya terletak di atas bukit,” katanya.

Bercakap lanjut, Dr Rayong mahu agar ahli jawatankua­sa chapel yang dipengerus­ikan oleh Mambu Harry agar sentiasa berhubung dengan Jabatan Kerja Raya Sri Aman berkenaan kerjakerja serta kemudahan prasarana yang diperlukan chapel ini termasuk bekalan elektrik dan air.

Pada majlis sama, Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) itu turut mengumumka­n pemberian geran MRP berjumlah RM10,000 kepada Ahli Jawatan kuasa Chapel manakala Nyalau yang turut berucap turut berjanji memberikan dana dengan nilai yang sama.

Sementara Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Biro Wanita Rumah Karin, Tabut menerima cek bernilai RM15,000.

Turut hadir pada majlis yang dimeriahka­n 2,000 penduduk itu ialah penghulu, kaunselor, tuai-tuai rumah, ahli chapel serta jemputan dari sekitar Lidong, Kejemut, Lipat dan sebagainya.

 ??  ?? APA KHABAR?: Dr Rayong (depan) dan Nyalau (belakang, sedkit terlindung) berjabat tangan dengan hadirin yang menyambut kedatangan mereka pada majlis tersebut.
APA KHABAR?: Dr Rayong (depan) dan Nyalau (belakang, sedkit terlindung) berjabat tangan dengan hadirin yang menyambut kedatangan mereka pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia