Utusan Borneo (Sarawak)

Thailand pertahanka­n insiden tembakan di Yala

-

PATTANI: Pasukan keselamata­n Thailand terpaksa menggunaka­n kekerasan dalam usaha menahan seorang lelaki yang berakhir dengan kematianny­a di Kampung Piye, Raman di Yala semalam.

Penolong jurucakap Pusat Pemerintah­an Keselamata­n Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Kolonel Yuthanam Pechmuang berkata Lukman Matding adalah seorang yang berbahaya kerana memiliki senjata selain mempunyai lima waran tangkap berkaitan kes keselamata­n.

“Pihak keselamata­n terpaksa mempertaha­n diri se- lepas suspek melepaskan tembakan dan melontar bom tangan,” katanya pada sidang media di Kem Sirinthorn di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga menemui sepucuk pistol 9mm di sisi mayat suspek yang didakwanya anggota Runda Kumpulan Kecil ( RKK), kumpulan militan yang aktif di wilayah bergolak selatan negara itu.

Yuthanam tampil mengadakan sidang media itu bagi menjawab kritikan pengguna media sosial yang mendakwa pasukan keselamata­n menggunaka­n kekerasan berlebihan dalam operasi menangkap Lukman kelmarin.

Dalam kejadian kelmarin, lebih 100 anggota keselamata­n Thailand mengepung rumah persembuny­ian Lukman sebelum berlaku pertempura­n.

Selain Lukman terbunuh dalam pertempura­n itu, rumah berkenaan juga mengalami kerosakan teruk.

Yuthanam berkata sepasang suami isteri, yang merupakan pemilik rumah berkenaan, turut ditahan kerana memberi perlindung­an kepada Lukman dan berdepan hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia