Utusan Borneo (Sarawak)

Segera daftar pekerja asing: Nasrun

Penangkapa­n PATI merugikan dan majikan boleh diambil tindakan

-

KOTA KINABALU: Sebanyak 75 Institut Pendidikan Tinggi (IPT) menyertai Pameran Pendidikan Tinggi yang diadakan di Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, ia adalah satu pencapaian terbaik yang boleh membantu pelajar melahirkan minat melanjutka­n pelajaran di tahap lebih tinggi.

“Sebanyak 75 IPT hadir pada pameran tahun ini yang mana ia adalah satu pencapaian yang besar.

“Ia bukanlah satu pencapaian biasa kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi kepada semua pihak yang berkepenti­ngan di sekolah ini bagi meningkatk­an pencapaian pendidikan­nya kepada tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pameran Pendidikan Tinggi di Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin di sini kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Chang Shui Kiong.

Katanya, pendidikan adalah perkara yang paling penting bagi meningkatk­an kualiti hidup masa kini.

“Pendidikan adalah perkara yang paling penting dan berharga untuk mencapai kualiti modal insan yang lebih tinggi di negara ini.

“Ia telah menyumbang untuk membantu individu dalam menunjukka­n potensi diri mereka atau kebolehan.

“Seterusnya mencapai tahap pendidikan yang lebih baik untuk menjadi orang yang berjaya,” tambahnya.

Dalam pada itu jelasnya kerajaan terus memberi penekanan kepada pembanguna­n pendidikan di semua peringkat.

“Itulah sebabnya kerajaan terus memberi penekanan kepada pentingnya pembanguna­n pendidikan di semua peringkat bermula dari Taman Bimbingan Kanak- kanak (Tabika) sehingga pendidikan tertinggi mahupun latihan kemahiran.

“Dengan pembanguna­n pendidikan seumpama ini menjadi cara terbaik memberi pengetahua­n, nilai, pengalaman dan kemahiran yang membantu kita mencapai kehidupan lebih baik,” jelasnya.

Raymond percaya dengan kelayakan tertinggi yang diperoleh, pelajar akan dijamin mendapatka­n pekerjaan yang lebih berkualiti tinggi. LAHAD DATU: Timbalan Menteri Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi Datuk Nasrun Mansur menasihatk­an agar majikan di sektor perladanga­n yang menggaji pekerja pendatang asing tanpa izin ( PATI) bertindak segera untuk mendaftark­an mereka.

Menurutnya, kerajaan telah memberi kerjasama dan kelonggara­n dalam banyak perkara agar PATI dapat dijadikan tenaga buruh yang sah.

“Pekerja PATI di ladanglada­ng sekiranya ditangkap akan mendatangk­an kerugian tenaga kerja dan majikan juga boleh diambil tindakan kerana melindungi PATI,” katanya.

Beliau berkata, di Lahad Datu sahaja sebanyak kirakira 400,000 hektar ladang kelapa sawit diusahakan dan sehubungan dengan itu, majikan-majikan yang menggaji PTI perlu bertindak segera untuk mengatasi isu pekerja mereka.

Nasrun yang juga Ahli Parlimen Silam berkata demikian kepada media ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 di pekarangan kediamanny­a dekat sini, kelmarin.

Difahamkan kesalahan melindungi serta menggaji PTI mengikut Seksyen 56 (1) dan Seksyen 55B di bawah Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntu­kkan hukuman denda dan boleh juga penjara.

Pada perkembang­an berkaitan, Jabatan Imigresen telah menguatkua­sakan un- dang-undang melalui operasi menangkap PATI di Semenanjun­g Malaysia yang tidak memiliki E-Kad Sementara Pekerja Asing sebagai usaha membendung PATI.

Program E-Kad yang dikeluarka­n kerajaan secara percuma bertujuan mendaftark­an dan membolehka­n PATI di Semenanjun­g Malaysia sahaja agar mendapat permit kerja selepas melalui beberapa prosedur ditetapkan oleh Kementeria­n Dalam Negeri.

Sementara itu, Nasrun bersyukur dan berterima kasih atas kunjungan rakyat ke majlis itu dan menyifatka­nnya sebagai manifestas­i rakyat yang senang pada kerajaan Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpinny­a.

Katanya, majlis seumpama itu perlu juga disemarakk­an di peringkat kampung-kampung dan taman- taman perumahan agar ia dapat mengeratka­n lagi perpaduan melalui amalan kunjungmen­gunjungi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum dan berbeza anutan agama.

 ??  ?? SUMBANGAN: Nasrun menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima golongan asnaf.
SUMBANGAN: Nasrun menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima golongan asnaf.
 ??  ?? TETAMU: Azizah menyambut kedatangan orang ramai ke majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.
TETAMU: Azizah menyambut kedatangan orang ramai ke majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia