Utusan Borneo (Sarawak)

APMM lakukan pelayaran ihsan bawa pesakit dari Pulau Banggi

-

KUDAT: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM) Kudat melakukan pelayaran ihsan untuk membawa pesakit yang mengalami pendarahan dalaman paruparu untuk menerima rawatan lanjut di hospital, kelmarin.

P e n g a r a h A P M M Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Mohd Zubil Mat Som berkata, pesakit lelaki berumur 58 tahun yang cedera akibat dihempap pokok ketika menebang pokok di kebunnya dipindahka­n dari Klinik Kesihatan di Karakit, Pulau Banggi ke Hospital Kudat di tanah besar Kudat untuk menerima rawatan lanjut.

“Pada jam 5.25 petang semalam ( kelmarin), pusat operasi APMM menerima panggilan dari Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi, mengenai keperluan bot kerana bot sedia ada ( milik jabatan kesi- hatan) masih mengalami kerosakan.

“Saya kemudian mengarahka­n supaya sebuah bot APMM dihantar ke sana untuk memberi bantuan dan bot itu tiba di Karakit pada jam 6.40 petang,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Mohd Zubil bot APMM yang membawa pesakit berkenaan kemudian tiba di Jeti Marina, tanah besar Kudat pada jam 8.40 malam seterusnya pesakit dibawa ke hospital menggunaka­n kenderaan ambulans yang sedia menunggu di jeti itu.

Katanya, APMM sentiasa bersiap sedia memberi perkhidmat­an dan bantuan kepada masyarakat dan agensi- agensi kerajaan apabila berlaku kecemasan atau bencana.

Menurutnya masyarakat dan agensi kerajaan boleh menghubung­i MERS999 untuk mendapatka­n bantuan APMM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia