Utusan Borneo (Sarawak)

Kerber jadikan ketiadaan Serena satu peluang

-

LONDON, England: Pemain nombor satu dunia dari Jerman, Angelique Kerber mengakui ketiadaan Serena Williams pada kejohanan Wimbledon tahun ini akan memberikan beliau satu peluang untuk menebus kekecewaan di final tahun lepas.

Kerber dinafikan kejuaraan Wimbledon yang pertama oleh Williams tahun lepas apabila pemain dari Amerika Syarikat ( AS) itu menang mudah.

Tetapi Williams tidak akan mempertaha­nkan kejuaraann­ya tahun ini selepas berehat kerana hamil.

Ketiadaan juara tujuh kali, Maria Sharapova juga meningkatk­an lagi peluang untuk beberapa pemain, yang diketuai oleh Kerber yang berharap untuk memenangi kejuaraan.

“Sudah tentu ia berbeza jika Serena tiada di sini. Kita akan lihat,” kata Kerber ketika memberitah­u wartawan di Wimbledon Sabtu lepas.

“Ada begitu ramai pemain yang bagus ketika ini, jadi saya tidak akan memberikan tekanan ke atas diri saya.

“Ada ramai pemain yang bagus, mereka boleh bermain dan muncul juara juga.”

Untuk memenangi kejuaraan, Kerber memerlukan peningkata­n drastik selepas mencipta sejarah yang tidak diinginkan apabila tewas kepada Ekaterina Makarova di pusingan pertama Terbuka Perancis dan menjadi pemain ranking pertama dunia dalam era Terbuka yang tewas di pusingan pertama kejohanan grand slam.

Kerber, yang memenangi Terbuka Australia dan Terbuka AS tahun lepas, masih belum memenangi sebarang kejuaraan pada tahun ini.

Selepas menarik diri dari kejohanan persediaan di Birmingham bulan lepas kerana kecederaan, persediaan beliau ke Wimbledon juga terjejas dengan kekalahan di suku akhir kejohanan Eastbourne kepada Johanna Konta minggu lepas.

Tetapi pemain berusia 29 tahun itu, yang berdepan Irina Falconi dari AS di pusingan pertama, percaya beliau kini berada di prestasi yang lebih baik selepas berakhirny­a musim di permukaan tanah liat. — AFP

 ??  ?? KERBER
KERBER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia