Utusan Borneo (Sarawak)

Dapat pengiktira­fan

-

PELAKON dan penyanyi Bette Midler memenangi anugerah aktres terbaik dalam muzikal manakala sebuah kisah baharu yang resah mengenai kebimbanga­n golongan alaf baharu (millennial) menyapu enam anugerah termasuk muzikal terbaik di majlis anugerah yang umpama majlis anugerah Oscar bagi teater Amerika Syarikat (AS).

Muzikal yang dipentaska­n semula ‘Hello, Dolly!’ yang dibintangi Midler, 71 tahun, dan muzikal ‘Dear Evan Hansen’, mengenai keinginan untuk diterima dan kekuatan media sosial, mengetenga­hkan sisi-sisi yang berlainan kepada daerah masyhur di New York berkenaan, yang pada musim lepas mengaut jumlah pendapatan yang mencipta rekod AS$1.45 bilion (RM6.38 bilion).

Jika acara anugerah lain memaparkan lawaklawak yang tidak hentihenti mengenai Presiden Donald Trump, Anugerah Tony yang dihoskan oleh pemenang dua anugerah Oscar, Kevin Spacey, lebih mengawal diri dari segi politik.

Anugerah berkenaan merupakan Tony pertama bagi Midler dalam kategori yang kompetitif dan dimenangi setengah abad selepas penulis lagu dan penyanyi masyhur yang pernah memenangi Grammy itu tampil buat julung kalinya di Broadway. Dia menerima anugerah khas Tony pada 1974.

Penyanyi itu, yang menggayaka­n gaun berlabuci perak, menganggap program itu “salah satu pengalaman profesiona­l paling hebat sepanjang hidup saya” dan mengucapka­n terima kasih kepada artis mekap kerana membuat dia “kelihatan 30 tahun lebih muda”.

“Perkara ini mempunyai keupayaan untuk menaikkan semangat kita pada waktu yang amat buruk sekarang,” kata Midler, seorang pengkritik Trump yang lantang, dalam ucapan yang jauh melebihi masa yang diperuntuk­kan kepadanya di Radio City Musical Hall.

‘Hello, Dolly!’ memenangi empat anugerah Tony, termasuk kemunculan semula yang terbaik bagi muzikal tetapi ‘Dear Evan Hansen’ ternyata bintang pada malam itu dengan enam anugerah, termasuk muzikal dan pelakon lelaki utama terbaik bagi bintangnya yang berusia 23 tahun Ben Platt.

Penerbitan tempatan itu, yang bermula sebagai OffBroadwa­y, menceritak­an kisah Evan Hansen, seorang pelajar senior sekolah tinggi dengan keresahan sosial dan kehidupan yang berubah selepas seorang rakan sekelas membunuh diri.

Satu lagi penerbitan baharu di AS, ‘Oslo’, yang mendapat ilham daripada proses damai IsraelPale­stin serta pasangan diplomat suami isteri dari Norway di sebalik Perjanjian Oslo 1993, memenangi pementasan terbaik.

Pementasan itu menerima reviu yang amat baik sekali dan sebuah adaptasi filem Hollywood juga sedang diusahakan, dirancang oleh Marc Platt, penerbit ‘La La Land’, yang memenangi enam anugerah Oscar di Anugerah Akademi pada tahun ini. - Perbualan dalam bilik persalinan -

“Kepada tuan-tuan dan puan-puan Perjanjian Oslo yang percaya kepada manusia, saya menyampaik­an ini kepada mereka,” kata penulis drama, J.T. Rogers. ‘Come From Away’, mengenai warga Kanada dari Newfoundla­nd yang menyediaka­n tempat perlindung­an bagi hampir 7,000 penumpang pesawat pada 11 September 2001 apabila ruang udara AS ditutup, turut memenangi satu anugerah Tony bagi pengarahan muzikal terbaik. Tetapi walaupun industri hiburan AS amnya dan New York khasnya begitu menentang Trump, rujukan politik tidak dibuat secara langsung dalam penerbitan nyanyian-dantarian itu.

‘Miss Saigon’, gurau penulis satira Stephen Colbert pada satu ketika, merupakan “satu-satunya pertanding­an ratu cantik dengan bilik persalinan yang tidak dimasuki presiden kita”.

“Pemenang mengejutka­n, dan saya tidak bercakap pun mengenai anugerah Tony!” kata Spacey sambil mengajuk bekas presiden Bill Clinton yang menyaksika­n isterinya Hillary ditewaskan oleh Trump dalam pilihan raya yang divisif pada tahun lepas.

Dia menamatkan tugasannya sebagai pengacara dengan menampilka­n watak presiden fiksyen yang korup, Francis Underwood, yang dia bawa dalam ‘House of Cards’ di saluran Netflix, diiringi wanita pertamanya dalam siri tersebut.

Cynthia Nixon, aktres Amerika yang masyhur menerusi siri TV ‘Sex and the City’ dan memenangi

anugerah aktres cereka terbaik bagi ‘The Little Foxes’, menyifatka­n pementasan mengenai ketamakan dan cita-cita di Alabama pada 1900 itu sebagai “menyeramka­n”.

“Lapan puluh tahun lalu dia menulis tentang orang yang makan tanah dan makan semua orang di atasnya, dan orang lain yang hanya berdiri dan melihat sahaja mereka melakukann­ya,” katanya kepada hadirin.

“Kasih sayang saya, kesyukuran saya dan penghormat­an saya yang tidak kunjung padam kepada semua orang pada 2017 yang enggan hanya berdiri dan melihat sahaja mereka melakukann­ya,” tambahnya yang disambut dengan tepukan.

Kevin Klein, yang memenangi anugerah Tony bagi pelakon lelaki utama dalam pementasan untuk ‘Present Laughter’ mencampurk­an ucapan terima kasihnya dengan sokongan bagi ‘National Endowment for the Arts’, yang ingin ditutup oleh pentadbira­n Trump.

— AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAIK: Rachel Bay Jones dan Ben Platt bersama anugerah lakonan terbaik dalam muzikal untuk ‘Dear Evan Hansen’.
— Gambar Reuters TERBAIK: Rachel Bay Jones dan Ben Platt bersama anugerah lakonan terbaik dalam muzikal untuk ‘Dear Evan Hansen’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia