Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh buah rumah terjejas akibat kebakaran

Empat daripada rumah di Kampung Tupong Jaya tidak dapat diselamatk­an setelah ranap keseluruha­nnya

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Hari kesembilan Syawal bagi 69 penghuni di Kampung Tupong Jaya di sini disambut dengan kesedihan apabila tujuh rumah yang didiami mereka terjejas akibat kebakaran awal pagi semalam.

Lebih malang empat daripada rumah tersebut tidak dapat diselamatk­an setelah ranap keseluruha­nnya.

Insiden malang itu dipercayai berkaku pada jam 2.39 pagi ketika kesemua penghuni sedang tidur.

Salah seorang mangsa, Zulikram Bujang, 30, ketika ditemui hanya reda dengan dugaan yang menimpa dirinya dan 13 ahli keluargany­a.

Bagaimanap­un, dia tetap bersyukur kerana semua penghuni yang terlibat terutama keluargany­a terselamat dalam kejadian itu.

“Saya cuba memadamkan api, tetapi api marak dengan cepat sebelum keluar menyelamat­kan diri.

“Apa yang penting semuanya selamat, ini semua ujian Allah, saya reda menerimany­a,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Petra Jaya dan BBP Kuching telah digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.39 pagi.

Menurut Tiong setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran sudah melibatkan dua rumah yang terbakar 100 peratus.

Tiong berkata operasi pem- adaman terus dilakukan bagi mengelak kebakaran terus merebak ke rumah berdekatan dan api berjaya dikawal 30 minit kemudian.

“Sebanyak tujuh rumah terbakar, namun kami berjaya menyelamat­kan tiga lagi rumah yang berdekatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Mengakui kedudukan pili air berada kira- kira 200 meter dari lokasi kebakaran, Tiong berkata, pasukan bomba tidak menghadapi kesukaran untuk memadamkan kebakaran yang merebak pantas.

“Laluan menuju ke kampung itu sempit menyebabka­n jentera bomba sukar bergerak ke lokasi kejadian.

“Tetapi kita berjaya mengatasi masalah tersebut, kerana telah melakukan persiapan awal dalam menghadapi insiden di kawasan sempit,” jelasnya.

Menurut Tiong, punca kebakaran dan jumlah kerugian dialami mangsa masih dalam siasatan.

Menurut beliau, pihaknya masih menunggu keterangan daripada saksi kejadian dari rumah di mana api dipercayai bermula.

Turut hadir di lokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Saya cuba memadamkan api, tetapi api marak dengan cepat sebelum keluar menyelamat­kan diri. Zulikram Bujang Mangsa kebakaran

 ??  ?? RANAP: Keadaan sebuah rumah yang ranap dalam kebakaran di Kampung Tupong Jaya, awal pagi semalam.
RANAP: Keadaan sebuah rumah yang ranap dalam kebakaran di Kampung Tupong Jaya, awal pagi semalam.
 ??  ?? PRIHATIN: Fazzrudin ketika menenangka­n salah seorang pemilik rumah yang rumahnya ranap dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Tupong Jaya. Turut kelihatan, Zulikram (kanan).
PRIHATIN: Fazzrudin ketika menenangka­n salah seorang pemilik rumah yang rumahnya ranap dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Tupong Jaya. Turut kelihatan, Zulikram (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia