Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu teksi ugut kakak kandung direman dua hari

-

MIRI: Seorang pemandu teksi ditangkap kerana disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap kakak kandungnya diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini semalam supaya direman dua hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Rendah Nuur Hafiza Yatim setelah membenarka­n permohonan reman dikemukaka­n Peno- long Pegawai Penyiasat Sarjan Daveora Julaimi daripada Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Daveora memberitah­u sekitar jam 7.30 malam, 30 Jun lalu di sebuah rumah di Desa Pujut 1 di sini, mangsa, 52, mengetuk pintu bilik suspek kerana menantunya datang untuk menyerahka­n kereta.

Suspek membuka pintu dan tiba-tiba hendak menumbuk mangsa. Setelah itu dia masuk ke dalam bilik dan keluar semula dengan membawa sebilah parang di tangan serta menghalaka­n ke arah mangsa sambil memberi amaran akan mencari mangsa selepas menghantar menantunya balik.

Bertindak atas maklumat sekitar jam 4.30 petang, 2 Julai lalu di tepi Jalan Permaisuri, polis menangkap suspek kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Semasa tangkapan, polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging berukuran 29sm panjang disembunyi­kan di bahagian bonet kenderaann­ya untuk dijadikan barang kes.

Dalam permohonan lanjutnya, Daveora berkata reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek berusia 47 tahun amat diperlukan membolehka­n polis men- jalankan siasatan terperinci.

Tambahan semasa kejadian, suspek dipercayai berada dalam pengaruh dadah serta mangsa dan pengadu tinggal di rumah sama, justeru membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman selama dua hari ke atas suspek dan tempoh reman tamat pada 5 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia