Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian Daud kehilangan besar kepada Sarawak

Daud prihatin kebajikan rakyat terutama anak yatim

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Pemergian bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman merupakan kehilangan besar buat Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Allahyarha­m juga merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap kebajikan rakyat terutama anak yatim.

Malah, beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat menitikber­atkan hal ehwal agama khasnya Islam di negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengenali Allahyarha­m ketika menyandang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggun­gjawab mengenai hal ehwal Islam negara.

Beliau berkata mereka sering bertemu kerana tugas Allahyarha­m sebagai menteri muda yang menjaga hal ehwal Islam di Sarawak.

“Beliau terkenal kerana memberi keutamaan kepada hal ehwal agama dan prihatin terhadap anak yatim serta pendidikan agama Islam. Saya doakan agar beliau mendapat rahmat Allah,” kata Zahid ketika ditemui selepas menziarahi jenazah Allahyaram Daud di Laruh Skim, Jalan Matang Baru di sini malam kelmarin.

Pada ziarah itu juga, Zahid yang diiringi Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang turut menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh Imam

Beliau terkenal kerana memberi keutamaan kepada hal ehwal agama dan prihatin terhadap anak yatim serta pendidikan agama Islam. Saya doakan agar beliau mendapat rahmat Allah. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Masjid Negeri Sarawak Ustaz Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Beliau juga sempat memberi kata-kata semangat kepada balu Allahyarha­m Daud, Datin Noraini Hussin dan ahli keluarga yang lain.

Sementara itu, Abang Johari ketika ditemui berkata, beliau mengenali Allahyarha­m Daud sejak di bangku sekolah lagi.

“Allahyarha­m seorang yang prihatin kepada masyarakat. Saya kenalnya sejak di bangku sekolah dan selepas itu bersama-sama membarisi barisan Pemuda PBB Satok sehinggala­h beliau menjadi ADUN Tupong.

“Allahyarha­m banyak berjasa kepada rakyat, kita berdoa semoga beliau ditempatka­n bersama orang yang soleh dan pejuang Islam,” katanya.

Allahyarha­m Daud yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong, meninggal dunia di Pusat Perubatan Timberland (TMC) petang kelmarin akibat komplikasi jantung.

Beliau yang berusia 66 tahun, berkhidmat sebagai ADUN Tupong selama lima penggal sejak 1991 sebelum mengundur diri dan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri 2016.

Turut menziarahi jenazah Allahyarha­m kelmarin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta barisan kabinet negeri dan pusat termasuk wakil rakyat.

 ??  ?? TABAHKAN HATI: Zahid bersama Abang Johari mengucapka­n takziah dan memberi kata-kata semangat kepada Datin Noraini dan keluarga.
TABAHKAN HATI: Zahid bersama Abang Johari mengucapka­n takziah dan memberi kata-kata semangat kepada Datin Noraini dan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia