Utusan Borneo (Sarawak)

TYT, isteri beri penghormat­an terakhir kepada Daud

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib memberi penghormat­an terakhir kepada bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Allahyarha­m Datuk Daud Abdul Rahman di kediamanny­a di Matang semalam.

Turut memberi penghormat­an terakhir ialah Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Pa- tinggi Abang Muhammad Salahuddin.

Daud, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada petang Ahad, meninggalk­an seorang balu Datin Noraini Hussin dan tiga anak.

Sebelum bersara daripada kancah politik pada 2016, Daud merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong selama lima penggal sejak 1991.

Beliau selamat disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gita pagi semalam. KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kehilangan seorang pemimpin yang disenangi, disegani, bertanggun­gjawab dan komited dengan bertanggun­gjawab menjaga rakyat.

Demikian pengakuan tiga wakil rakyat yang bernaung di bawah PBB yang juga merupakan rakan seangkatan Allahyarha­m Datuk Daud Abdul Rahman yang memperjuan­gkan nasib rakyat di kawasan masing-masing.

Ketika ditemui, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Datuk Fatimah berkata Allahyarha­m Daud merupakan seorang yang prihatin terutama terhadap kebajikan anak yatim.

“Beliau seorang yang sangat prihatin terhadap kebajikan anak yatim dan kalau dilihat sejarah penubuhan dan pelaksanaa­n PERYATIM di negeri Sarawak adalah atas usaha beliau.

“Dalam keadaan beliau yang belum pulih sepenuhnya selepas kena strok dahulu dan masih mengikuti terapi tutur dan fisioterap­i beliau masih menggagahk­an diri menghadiri mesyuarat kabinet dan mesyuarat PBB.

“Ia bagi saya secara peribadi, amat menghormat­i sikap beliau walaupun belum sihat sepenuhnya, tetapi beliau akan memastikan tugas dan tanggungja­wabnya dilaksanak­an,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi jenazah Allahyarha­m di kediamanny­a di Laruh Skim, Jalan Matang Baru malam kelmarin.

Bahkan, Fatimah turut berkongsi cerita teladan sifat Allahyarha­m Daud kepada pesakit strok dan golongan OKU yang dilawati beliau.

Sementara itu, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi amat terasa dengan kehilangan bekas ADUN Tupong Datuk Daud Abdul Rahman.

“Kita kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak berkhidmat untuk Tupong, saya terasa kehilangan kerana Tupong dan Pantai Damai berjiran dan sering menganjurk­an aktiviti bersama semasa beliau masih menjadi wakil rakyat di Tupong.

“Kita perhatikan juga beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, selalu mendamping­i rakyat di kawasannya dan memberi perhatian serta mengambil tahu.

“Pernah teringat suatu ketika dahulu, semasa beliau masih sihat dan menjadi ADUN, semasa bulan puasa beliau tidak putus- putus ke kampung- kampung di kawasannya kerana tempat tinggal saya terletak di kawasan Tupong.

“Jadi saya mengikuti perkembang­an beliau yang sentiasa prihatin dengan aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat,” tambahnya.

Dengan pemergian Allahyarha­m, Dr Abdul Rahman berasa kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa di negeri ini, yang juga merupakan kehilangan bagi PBB kerana banyak melatih pemimpin belia di kawasannya.

Pada masa yang sama, ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman menganggap Allahyarha­m sebagai seorang bapa dan mentor kepada dirinya menceburi bidang dan selok-belok politik.

Menurut Fazzrudin, nasihat Allahyarha­m yang masih dipegangny­a adalah untuk memberi yang terbaik kepada rakyat.

 ??  ?? RAKAN: Fatimah ketika ditemui kelmarin selepas menziarahi jenazah Allahyarha­m Daud di Laruh Skim, Jalan Matang Baru.
RAKAN: Fatimah ketika ditemui kelmarin selepas menziarahi jenazah Allahyarha­m Daud di Laruh Skim, Jalan Matang Baru.
 ??  ?? LUCY
LUCY
 ??  ?? T. KOMARUSAMY
T. KOMARUSAMY
 ??  ?? PIARA
PIARA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia