Utusan Borneo (Sarawak)

Walaupun tiada PRK Pujut, SUPP Miri tetap berkempen

-

MIRI: Walaupun Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) membatalka­n Pilihan Raya Kecil ( PRK) Pujut yang sepatutnya dijadualka­n penamaan calon pada 20 Jun manakala hari mengundi 4 Julai namun keputusan itu tidak menghalang SUPP Miri meneruskan kerja-kerja kempen.

Setiausaha Publisiti SUPP Adam Yii yang juga pengerusi SUPP Cabang Kecil Krokop memberitah­u, walaupun PRK tidak diadakan namun kerja-kerja kempen pilihan raya tersebut diteruskan demi menyampaik­an khidmat ke- pada rakyat dan memastikan perancanga­n pembanguna­n untuk keperluan dan keselesaan rakyat.

Beliau memberitah­u demikian semasa mengetuai pasukannya turun padang menjayakan pertemuan dengan rakyat menerusi program ‘Mobile Service2U & Sembang Kopitiam’ di sekitar kedai-kedai makan di Pusat Komersil Pelita di sini.

“Ia bukan semata- mata untuk kempen pilihan raya kerana kerja-kerja itu merupakan sebahagian tanggungja­wab saya sebagai datuk bandar Miri bertemu rakyat mendapatka­n maklum balas dan masalah serta menyampaik­an khidmat kepada rakyat,” jelas beliau.

Semasa program itu, Adam turut mengambil kesempatan mendapatka­n maklum balas rakyat berhubung pelbagai isu termasuk khidmat oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM), aduan awam dan permintaan berhubung pembanguna­n dan menambah baik infrastruk­tur sekitar bandar raya.

Adam merupakan salah seorang calon disebut-sebut bertanding pada PRK Pujut.

PRK Pujut dibatalkan oleh SPR selepas Mahkamah Tinggi Kuching menolak keputusan dibuat pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) 12 Mei lalu bagi melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

Keputusan melucutkan kelayakan Dr Ting diumumkan Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar selepas melalui undian oleh 70 ADUN manakala 10 lagi ADUN menentang usul tersebut yang dikemukaka­n oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia