Utusan Borneo (Sarawak)

PRS tampilkan muka baharu pada PRU14: Masing

Bagaimanap­un ia belum dimuktamad­kan, akan dibincangk­an lebih lanjut bersama pemimpin parti lain

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan menampilka­n muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang ini.

Bagaimanap­un menurut Presidenny­a Tan Sri Datuk Amar James Masing, perkara ini masih belum dimuktamad­kan dan akan dibincangk­an lebih lanjut bersama pemimpin-pemimpin parti lain.

“Kami belum membuat sebarang keputusan berhubung calon- calon yang akan bertanding mewakili PRS pada PRU14 nanti. Tetapi kemungkina­n 20 peratus akan ada muka baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di kediamanny­a yang terletak Jalan Laksamana Cheng Ho di sini semalam.

Terdahulu Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infratrukt­ur dan Pengangkut­an menerima kunjungan Gawai daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri

Kami belum membuat sebarang keputusan berhubung calon-calon yang akan bertanding mewakili PRS pada PRU14 nanti. Tetapi kemungkina­n 20 peratus akan ada muka baharu. Tan Sri Datuk Amar James Masing Presiden PRS

Ahmad Zahid Hamidi.

Masing dalam pada itu yakin PRS akan menyapu bersih semua enam kerusi yang diperuntuk­kan kepada parti itu pada PRU nanti termasuk kerusi yang menampilka­n muka baharu.

“Itu janji saya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana beliau yang memutuskan siapa yang akan bertanding nanti,” katanya.

Enam kerusi yang diperuntuk­kan kepada PRS ialah Sri Aman, Lubok Antu, Selangau, Julau, Kanowit dan Hulu Rajang.

Pada PRU13, PRS cemerlang dengan menyapu bersih kesemua enam kerusi ini menerusi Datuk Masir Kujat (Sri Aman), Datuk William Nyalau Badak (Lubok Antu), Datuk Joseph Salang Gandum (Julau) Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit), Datuk Joseph Entulu Belaun (Selangau) dan Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang).

Ditanya sama ada subjek PRU dibincangk­an pada kunjungan itu semalam, Masing berkata ia sekadar kunjungan Gawai oleh pemimpin nombor dua negara itu kepada pemimpin di Sarawak.

“Kunjungan Zahid pada hari ini (semalam) sekadar kunjungan Gawai terhadap pemimpin-pemimpin di negeri ini dan tiada perbincang­an serius mengenai PRU atau perkara-perkara lain.

“Kesudian Zahid memen- uhi jemputan kita di Sarawak menunjukka­n bahawa beliau mengambil berat akan pemimpin-pemimpin negeri ini dan saya berbesar hati menerima kunjungan beliau hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, kunjungan Zahid disambut mesra oleh Masing dan isteri Puan Sri Corrine Masing serta ahli keluarga yang lain.

Kunjungan tersebut turut disertai Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belai dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi serta pemimpin-pemimpin PRS yang lain.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Masing (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a berupa tikar kepada Zahid sebagai tanda kenangan sambil disaksikan Corrine (kanan), Masir (kiri) dan Karim.
TANDA INGATAN: Masing (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a berupa tikar kepada Zahid sebagai tanda kenangan sambil disaksikan Corrine (kanan), Masir (kiri) dan Karim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia