Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan tetap bina jalan raya meskipun tiada projek mega

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing menegaskan bahawa kerajaan tetap akan membina jalan raya meskipun tiada projek mega seperti empangan hidroelekt­rik.

Mengambil contoh projek Lebuh Raya Pan Borneo, Masing berkata projek mega itu tetap dibina oleh kerajaan meskipun tanpa empangan.

“Tajuk utama akhbar yang memetik saya sebagai berkata ‘No Dam No Road’ adalah salah dan saya tidak pernah berkata demikian sebaliknya media yang berkata demikian bagi pihak saya.

“Apa yang saya maksudkan ialah lambat-laun semua jalan raya akan dibina tetapi disebabkan kekangan bajet kita perlu memberi keutamaan kepada kawasan yang amat memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataann­ya sebelum ini berhubung jalan Baram yang rosak teruk dan ditangguhk­an pembinaann­ya selepas HEP Baram dihentikan.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an menambah, pembinaan jalan raya mengambil masa yang lama tetapi dengan adanya projek HEP ia akan dapat membantu mempercepa­tkan pembinaan jalan raya.

“Sama ada kawasan itu ada empangan atau tidak, lambatlaun jalan raya tetap akan dibina tetapi jika kawasan itu disokong oleh projek pembanguna­n maka ia akan membayar kos pembinaan jalan.

“Sebagai contoh Jalan Bakun, pembinaann­ya dibiayai oleh dana daripada projek HEP Bakun, begitu juga dengan Baleh.

“Kos pembinaan Jalan Baleh adalah RM2 bilion dan pembinaann­ya dibayar oleh Empangan Baleh sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai kebakaran membabitka­n 15 keluarga di Sungai Asap, Belaga baru-baru ini, Masing berkata kerajaan negeri akan membina semula blok rumah panjang yang terbakar itu.

Bantuan segera katanya, juga telah dihulurkan kepada keluarga yang terjejas oleh wakil rakyat kawasan tersebut.

 ??  ?? MERIAH: Mawan dan Mohd Chee memeriahka­n Majlis Ramah-Tamah Alumni SK Abang Leman, Kabong malam kelmarin.
MERIAH: Mawan dan Mohd Chee memeriahka­n Majlis Ramah-Tamah Alumni SK Abang Leman, Kabong malam kelmarin.
 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Masing ketika menjawab pertanyaan media.
UNTUK RAKYAT: Masing ketika menjawab pertanyaan media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia