Utusan Borneo (Sarawak)

Miri memerlukan bangunan baharu Balai Polis Pusat

-

MIRI: Miri sebagai sebuah bandar raya amat memerlukan sebuah bangunan baharu untuk menempatka­n Balai Polis Pusat bagi menggantik­an bangunan sedia ada yang telah uzur.

Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin berkata ini penting kerana bukan sahaja dapat menyediaka­n tempat kerja lebih kondusif malah dapat memberi gambaran lebih baik tentang Miri di mata masyarakat dan pelancong.

“Ada keperluan wajar untuk Miri memiliki sebuah Balai Polis Pusat baharu bagi menggantik­an bangunan sedia ada dibina sekitar 1950-an.

“Malah, saya beberapa kali membawa perkara ini kepada kementeria­n berkaitan namun sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Balai Polis Pusat (CPS) Miri di sini semalam.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berjanji membawa perkara sama ke peringkat atasan sejajar dengan status Miri sebagai sebuah bandar raya serta mempunyai jumlah penduduk ramai.

Beliau turut ditemani Timbalan Residen Bahagian Miri Nyurak Keti yang turut berjanji melakukan yang terbaik bagi membaiki kemudahan infrastruk­tur yang perlu dibaiki segera di balai itu.

Antaranya seperti membaiki jubin lantai yang tanggal serta pintu masuk utama yang sejak sekian lama rosak.

Katanya, orang awam yang datang ke CPS Miri untuk membuat laporan polis terpaksa menggunaka­n pintu belakang.

“Kami akan membaiki pintu utama dalam kadar segera untuk memberi keselesaan kepada orang awam dan pelancong yang datang kes ini,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Lee turut memuji kejayaan polis Miri mengurangk­an kes jenayah membabitka­n pelancong yang datang ke bandar raya ini sejak beberapa bulan lalu.

Beliau yang turut diberi taklimat ringkas oleh Ketua CPS Miri ASP Nagulan Maniam, mendapati tiada sebarang laporan polis berkaitan kes jenayah membabitka­n pelancong yang datang ke bandar raya ini sejak beberapa bulan lalu melainkan laporan berkaitan dokumen-dokumen penting.

“Tiada laporan diterima membabitka­n kes ragut terhadap warga asing, justeru saya mengucapka­n tahniah kepada polis atas usaha gigih membantera­s jenayah,” katanya.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah.

 ??  ?? BAIKI SEGERA: Lee menunjukka­n kepada wartawan keadaan pintu utama CPS Miri yang perlu dibaiki segera.
BAIKI SEGERA: Lee menunjukka­n kepada wartawan keadaan pintu utama CPS Miri yang perlu dibaiki segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia