Utusan Borneo (Sarawak)

Penan perlu keluar daripada kepompong selesa

Komuniti Penan harus mencuba sesuatu yang baharu untuk masa depan lebih baik, kata Dennis

-

LONG LUNYIM, (BARAM): Komuniti Penan perlu keluar daripada kepompong selesa dan mencuba sesuatu yang baharu untuk masa depan lebih baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata mereka harus menyingkir­kan sikap tunggu dan lihat sebaliknya mengambil inisiatif sendiri untuk merebut peluang pembanguna­n sekarang.

“Jangan hadkan pergaulan dalam kelompok sendiri sebaliknya perluaskan hubungan dengan masyarakat luar khususnya dengan kerajaan.

“Ini penting bagi memastikan generasi Penan akan datang tidak ketinggala­n daripada arus pembanguna­n,” katanya pada Program Pemerkasaa­n Wanita Telang Usan di Long Lunyim, Sungai Pelutan kira-kira empat jam setengah perjalanan menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda dari Miri.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Charles Balan Seling, pengerusi pen- ganjur Florence Do, Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Telang Usan Kaunselor Margaret Nawan, Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai dan Ketua Kampung Long Lunyim Sakai Ding.

Program itu dianjurkan Pergerakan Wanita PBB Telang Usan bagi mendedahka­n peranan kerajaan dan agensinya membantu komuniti luar bandar khususnya wanita dari pada aspek kemahiran hidup.

Dennis menasihati penduduk Penan agar tidak berputus asa mencari peluang lebih baik khususnya dalam sektor ekonomi.

Pada majlis tersebut, Dennis turut meluluskan permohonan alat pemadam api untuk Kampung Long Lunyim.

Sakai turut menerima sumbangan sejumlah RM3,000 daripada SABERKAS untuk menganjurk­an Sukan Belia dan Hari Sukan yang disertai lebih 10 buah rumah panjang di Long Lunyim pada Ogos

Jangan hadkan pergaulan dalam kelompok sendiri sebaliknya perluaskan hubungan dengan masyarakat luar khususnya dengan kerajaan. Dennis Ngau ADUN Telang Usan

tahun ini.

Beliau turut berjanji meneliti permohonan jawatankua­sa wanita kampung itu untuk membina pusat aktiviti wanita di rumah panjang Long Lunyim.

 ??  ?? HASIL KERJA: Dennis ( dua kanan) dan Baru (kanan) menunjukka­n hasil kerja manik oleh penduduk kampung di Long Lunyim.
HASIL KERJA: Dennis ( dua kanan) dan Baru (kanan) menunjukka­n hasil kerja manik oleh penduduk kampung di Long Lunyim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia