Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah luar bandar disambung grid kuasa

Sekolah bergantung penjana kuasa, dekat grid diutama disambung kepada grid kuasa

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Sekolah di luar bandar yang masih bergantung kepada enjin penjana kuasa elektrik dan terletak berhampira­n dengan grid kuasa diberi keutamaan disambungk­an kepada grid kuasa untuk menikmati bekalan elektrik sepanjang masa.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata beliau bertemu Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong untuk mengenal pasti bilangan sekolah disambung kuasa elektrik.

“Selepas Hari Raya Aidilfitri, kita berbincang dengan mereka (Kementeria­n Pen- didikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi) dan mengenal pasti bilangan sekolah dengan tepat kerana Jabatan Pendidikan mempunyai senarai mereka sendiri.

“Kita juga mempunyai senarai sendiri di bawah pasukan SARES (Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak) dan bekerjasam­a mengenal pasti sekolah mana diberi keutamaan terlebih dahulu. Tetapi, kita bergantung kepada senarai mereka, senarai mereka menjadi keutamaan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai itu ditemui semasa mengiringi Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg men- gadakan kunjungan raya ke rumah Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce di sini Sabtu lalu.

Beliau merasakan sekolah berdekatan dengan grid kuasa berhak dan mempunyai keutamaan disambung kuasa elektrik kerana masih bergantung kepada enjin penjana kuasa elektrik.

“Oleh itu, kita mengadakan perbincang­an dan memastikan semua sekolah dapat disambung terus dengan grid kuasa,” katanya.

Bagi sekolah jauh di pedalaman, penggunaan enjin penjana kuasa elektrik terpaksa dikekalkan tetapi secara berunsur, grid kuasa akan sampai kepada mereka.

Beliau berkata, di kawasannya terdapat dua sekolah di mana grid kuasa terletak berhampira­n dengan sekolah.

Dalam hal ini, pendekatan sama dilakukan kepada semua sekolah di negeri ini di mana keutamaan diberikan kepada semua sekolah terletak berhampira­n grid kuasa.

Ditanya mengenai peruntukan melaksanak­an usaha ini, beliau berkata masih belum diketahui kerana pihak berkuasa berkaitan belum membincang­kan perkara itu.

Tambahnya, sebaik sahaja dilaksanak­an sekolah-sekolah akan menikmati bekalan elektrik 24 jam.

Selepas Hari Raya Aidilfitri, kita berbincang dengan mereka (Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi) dan mengenal pasti bilangan sekolah dengan tepat kerana Jabatan Pendidikan mempunyai senarai mereka sendiri. Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Elektrik Luar Bandar

 ??  ?? DARIPADA KAMI: Alice (enam kiri), Wong (enam kanan) dan Nain (empat kanan) bersama menyerahka­n sumbangan kepada golongan memerlukan di Rumah Dieo, Tanjung Penasu di Sibu.
DARIPADA KAMI: Alice (enam kiri), Wong (enam kanan) dan Nain (empat kanan) bersama menyerahka­n sumbangan kepada golongan memerlukan di Rumah Dieo, Tanjung Penasu di Sibu.
 ??  ?? DR ABDUL RAHMAN
DR ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia