Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran dan Bengkel Seni oleh Vincent Low, 8-9 Julai

-

KUCHING: Pameran dan Bengkel Seni oleh artis dan ilustrator profesiona­l Vincent Low akan diadaan di Pustaka Negeri, Petra Jaya pada 8 dan 9 Julai ini.

Program itu adalah anjuran Persatuan Disleksia Sarawak dengan kerjasama Pustaka Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri dan Le Nomad Hostel.

Antara aktiviti dijalankan pada acara bermula jam 9 pagi pada Sabtu dan Ahad itu termasuk pameran seni, ceramah, bengkel seni, perkongsia­n bersama ibu bapa kepada anak-anak yang mengalami disleksia dan masalah pembelajar­an lain.

Presiden Persatuan Disleksia Sarawak Dr Ong Puay Hoon berkata, Low yang merupakan seorang disleksia, akan berkongsi pengalaman hidupnya dengan para hadirin untuk memberi inspirasi dan tunjuk ajar sewajarnya bagi anak-anak yang mempunyai masalah pembelajar­an.

“Beliau juga akan mempamerka­n hasil lukisan dan menjalanka­n satu bengkel lukisan seni pensil untuk sesiapa yang berminat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Ong menambah, Low telah melalui pengalaman bersekolah yang perit apabila guru dan ibu bapa gagal mengenal pasti bahawa beliau mempunyai disleksia dan tidak mempunyai sokongan sewajarnya serta selalu gagal dalam kebanyakan mata pelajaran, dihukum guru dan dibuli rakan.

Ketika di sekolah menengah katanya, Low menyertai kumpulan gengster dan sering ponteng sekolah serta menghisap rokok.

Bagaimanap­un, nasib beliau berubah apabila dimasukkan ke dalam Kursus Pengiklana­n dan Lukisan oleh bapanya apabila gagal peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan kini, Low merupakan seorang pelukis dan pelakar yang berjaya.

Hasil seninya pernah ditunjukka­n di Maghribi dan di Singapura serta dalam media massa seperti The Star (Malaysia), The Daily Mail (United Kingdom) dan The Huffington Post (Amerika Syarikat).

Yuran kemasukan adalah RM20 seorang dan para peserta diseru membawa kertas lukisan dan pensel 2B.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Ketua Projek Persatuan Disleksia Sarawak Shanui Shabas di talian 0138247138, Penolong Projek Christnalt­er Bunsu ( 0168724591), Penolong Tadbir Mary Tang (082-242900) atau pihak Pustaka Negeri, Henry Teo (016-2591193).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia