Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur menangis di Mahkamah Majistret

Mengaku tidak salah tuduhan pecah masuk sebuah rumah

-

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur menangis teresak-esak semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memecah masuk sebuah rumah di Kampung Datok Keramat di sini, April lepas.

Ahmad Zaid Zainal, 23, yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, juga tidak mahu berganjak dari kandang tertuduh ketika polis mengarahka­nnya keluar dari tempat duduknya selepas kesnya selesai disebut.

Dia didakwa melakukan pecah rumah dengan masuk melalui tingkap tandas dan mencuri sebah komputer ‘macbook’, sebuah komputer riba dan wang tunai RM250 milik dua pelajar yang kes- emuanya bernilai RM4,500 di rumah itu pada 4.20 pagi, 29 April lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Jika ia membabitka­n kesalahan mencuri, tempoh penjara boleh dilanjutka­n sehingga 14 tahun dan bagi kesalahan kali kedua atau kemudianny­a boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh bagaimanap­un, ibu tertuduh merayu jaminan yang rendah dengan alasan anaknya menghidapi kemurungan.

“Anak saya masih menerima rawatan dari Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Saya khuatir jika kesihatann­ya tidak dijaga dengan betul kemurungan­nya boleh datang semula,” katanya.

Majistret Mahyudin Mohmad Som membenarka­n tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Ogos depan untuk sebutan kes.

Ibu tertuduh, yang enggan menyatakan namanya ketika ditanya pemberita di luar mahkamah, membayar jaminan tersebut.

Beliau juga dilihat berpesan beberapa kali kepada anaknya supaya jangan lagi melakukan perbuatan itu. — Bernama

Anak saya masih menerima rawatan dari Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Saya khuatir jika kesihatann­ya tidak dijaga dengan betul kemurungan­nya boleh datang semula. Ibu

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTERAS: Zulkifli (tengah) bergambar bersama Anuwi (kiri) dan Abdul Rahim (kanan) selepas sidang media mengenai operasi bersepadu antara Maritim bersama Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin di Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia...
— Gambar Bernama BANTERAS: Zulkifli (tengah) bergambar bersama Anuwi (kiri) dan Abdul Rahim (kanan) selepas sidang media mengenai operasi bersepadu antara Maritim bersama Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin di Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia