Utusan Borneo (Sarawak)

Dana beli implan koklea Noor Batrisyia masih kurang RM70,000

-

MIRI: Dana untuk membeli alat pendengara­n elektronik, implan koklea untuk Noor Batrisyia Ramlan masih kekurangan RM70,000.

Presiden Persatuan Implan Koklea Sarawak Datuk Sebastian Ting berkata sehingga kini sejumlah RM49,000 berjaya dikumpul sejak kempen derma dilakukan selama lapan minggu.

“Alat i tu bernilai RM120,000 dan saya sekarang menghubung­i rakanrakan untuk menderma. Saya yakin mereka akan membantu untuk tujuan murni ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima cek sumbangan RM12,000 iaitu RM10,000 daripada Hotel Dynasty disampaika­n Pengarah Urusannya Tony Pui dan sumbangan peribadi RM2,000 daripada Hu Choo Ling.

Derma adalah daripada tabung amal hotel menerusi aktiviti larian amal ke-14 baru-baru ini.

Persatuan juga menerima sumbangan RM6,000 dari- pada sebuah syarikat dan RM500 masing-masing daripada dua individu.

“Saya mewakili keluarga Noor Batrisyia mengucapka­n terima kasih atas kemurahan hati penderma dan berharap sokongan masyarakat terhadap kempen ini berterusan,” jelasnya.

ADUN Piasau itu berharap operasi pembedahan dilakukan segera iaitu sebelum Noor Batrisyia berusia empat tahun.

Kini berusia dua tahun, pemasangan alat elekronik itu membantu Noor Batrisyia mendengar dan bertutur seperti kanak-kanak lain.

Pemanca Abang Mohamed Dato Sri Abang Othman dan Penghulu Abdul Samad Alip turut menggesa masyarakat menghulur derma.

Hadir sama Pengarah Hospital Miri merangkap Timbalan Presiden Persatuan Dr Jack Wong dan Pakar Telinga, Hidung dan Leher (ENT) Hospital Miri merangkap bendahari persatuan Dr Doris Evelyn Jong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia