Utusan Borneo (Sarawak)

Cabut undi penempatan Kemuyang hujung tahun

Penerima melibatkan mangsa kebakaran, keluarga di Kampung Datu Lama, Hilir diutamakan

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Proses cabut undi penempatan baharu Kemuyang bagi fasa pertama dijangka dilakukan pada hujung tahun ini, kata Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee.

Beliau berkata, keutamaan diberikan kepada 143 penerima lot melibatkan mangsa kebakaran dan keluarga kelamin di Kampung Datu Lama dan Kampung Hilir di sini.

“Saya melihat situasi semasa terlebih dahulu jika tiada apa-apa halangan kita memulakan proses cabutan undi melibatkan seramai 143 penerima pada hujung tahun ini,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Datu Lama di Kampung Datu Lama di sini kelmarin.

Hadir sama Pengerusi JKKK Kampung Datu Lama Rajli Abdul Rahim dan Kaunselor Ibrahim Laili.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi itu berkata, seramai 143 penerima lot tanah itu ditempatka­n di kawasan blok paling hadapan berdekatan masjid.

“Kerja- kerja meratakan tanah di Kemunyang giat dijalankan dan kini pembinaan kemudahan infastrukt­ur seperti jalan raya, elektrik, air dan sistem perparitan dalam proses tender.

“Kita tidak mahu memindahka­n penduduk dalam keadaan kemudahan infrastruk­tur tidak sempurna dan tidak

Saya melihat situasi semasa terlebih dahulu jika tiada apa-apa halangan kita memulakan proses cabutan undi melibatkan seramai 143 penerima pada hujung tahun ini. Dr Annuar Rapa’ee. Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam

mencukupi,” tambahnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, pemilik lot boleh memilih sama ada membina rumah sendiri atau melalui syarikat pemaju perumahan seperti di Kampung Datu Baru.

Bagaimanap­un, beliau mengingatk­an bahawa penempatan semula Kemunyang adalah penempatan terancang dan rumah-rumah dibina akan dipantau oleh kerajaan.

“Proses penempatan semula di Kemunyang tidak mudah seperti di kawasan lain dengan kerja-kerja menebas dan meratakan tanah di- lakukan sendiri oleh pemilik lot. Kerana kita tidak mahu apabila mereka membina rumah timbul masalah seperti perparitan, elektrik dan air.

“Malah, kita tidak mahu mereka membina rumah dalam kedudukan tidak tersusun seperti di Salim, Teku dan Jeriah.

“Kita tidak mahu perkara itu berlaku di Kemunyang,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga berusaha memohon kepada kerajaan supaya sebuah sekolah rendah dibina di kawasan tersebut.

“Bagi sekolah menengah, saya rasa tiada masalah kerana terdapat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Oya di sana,” katanya.

 ??  ?? RUMAH TERBUKA: Dr Annuar (dua kanan) menjamu selera bersama tetamu pada Majlis Rumah Terbuka JKKK Kampung Datu Lama, kelmarin.
RUMAH TERBUKA: Dr Annuar (dua kanan) menjamu selera bersama tetamu pada Majlis Rumah Terbuka JKKK Kampung Datu Lama, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia