Utusan Borneo (Sarawak)

Sindiket ‘Macau Scam’ tumpas di P.Pinang

Polis tahan 50 anggota dan dalang di sebuah banglo yang dijadikan pusat latihan

-

GEORGE TOWN: Pol i s m e n u m p a s k a n sindiket ‘Macau Scam’ yang beroperasi dari luar negara apabila menahan 50 anggotanya termasuk dalang sindiket itu dalam serbuan di sebuah banglo tiga tingkat di Taman Damai Utama, Puchong di Selangor Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pulau Pinang ACP Abdul Ghani Ahmad berkata serbuan pada jam 8 pagi itu dilakukan susulan laporan polis oleh seorang pesara wanita berusia 50 tahun yang mendakwa ditipu sindiket berkenaan sebanyak RM5,000 pada 26 Jun lepas.

“Sindiket itu menghubung­i wanita berkenaan untuk memaklumka­n kad kreditnya digunakan membeli perabot. Mangsa kemudian diberi nombor telefon Bank Negara Malaysia dan polis sebelum dia memindahka­n wang dari akaunnya kerana mereka memaklumka­n akaun itu akan dibeku untuk siasatan.

“Bagaimanap­un, dia menyedari ditipu selepas mendapati kedua- dua nombor Bank Negara Malaysia dan polis adalah palsu. Susulan laporan polis wanita itu, kami melancarka­n oper-

Berdasarka­n siasatan polis, sindiket Macau Scam beroperasi dari luar negara untuk menipu rakyat Malaysia bagi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa. Kebanyakan anggota yang ditangkap pernah ke luar negara bagi menjalanka­n kegiatan itu. ACP Abdul Ghani Ahmad Ketua JSJK Pulau Pinang

asi dan berjaya mengesan sindiket ‘ Macau Scam’ di banglo itu yang dijadikan pusat latihan sindiket itu,” katanya pada sidang berita di sini, semalam.

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu, termasuk tiga wanita, adalah penduduk tempatan berusia antara 17 hingga 42 tahun dan kini direman tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Polis turut merampas telefon bimbit, komputer riba, 31 pasport antarabang­sa milik anggota sindiket, set dokumen salinan kad pengenalan, pelbagai dokumen dan skripskrip penyamaran sebagai pegawai polis Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang dan pegawai Bank Negara Malaysia.

Abdul Ghani berkata anggota sindiket itu diberi latihan di rumah berkenaan sebelum dihantar ke beberapa negara termasuk Jepun, Kemboja, Thailand dan United Kingdom untuk menjalanka­n kegiatan itu dari sana.

“Berdasarka­n siasatan polis, sindiket Macau Scam beroperasi dari luar negara untuk menipu rakyat Malaysia bagi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa. Kebanyakan anggota yang ditangkap pernah ke luar negara bagi menjalanka­n kegiatan itu,” katanya.

Difahamkan, setiap anggota sindiket menerima bayaran dari RM10,000 hingga RM15,000 setiap bulan, katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati sindiket itu menyamar sebagai pegawai bank dan polis dari Kontijen Pulau Pinang untuk menipu mangsa-mangsa sejak awal tahun ini.

Setakat ini, sebanyak 82 laporan polis dibuat oleh mangsa di seluruh negara membabitka­n kerugian RM2.74 juta.

“Selain taktik menyamar sebagai pegawai polis Kontinjen Pulau Pinang itu, sindiket berkenaan juga sudah lama beroperasi untuk memperdaya dan menipu orang ramai membabitka­n kerugian jutaan ringgit,” katanya.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkina­n ada lagi anggota sindiket itu yang beroperasi di luar negara dan pihaknya sedang mengesan mereka untuk siasatan lanjut.

Abdul Ghani juga menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pihak berkuasa dan mendakwa akaun mereka digunakan untuk kegiatan jenayah atau penggunaan kad kredit yang didaftarka­n atas nama mangsa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKTI: Abdul Ghani (tengah) bersama pegawai-pegawainya menunjukka­n beberapa dokumen yang dirampas semasa mengadakan sidang media mengenai tangkapan dan rampasan beberapa dokumen berkaitan Ops Pelican (Macau Scam) di IPK Pulau Pinang dekat George Town,...
— Gambar Bernama BUKTI: Abdul Ghani (tengah) bersama pegawai-pegawainya menunjukka­n beberapa dokumen yang dirampas semasa mengadakan sidang media mengenai tangkapan dan rampasan beberapa dokumen berkaitan Ops Pelican (Macau Scam) di IPK Pulau Pinang dekat George Town,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia