Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pusat pengajian agama terbakar di Perak

-

IPOH: Dua pusat pengajian agama di Perak terbakar malam kelmarin, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam keduadua insiden tersebut.

Di Pengkalan Hulu, kirakira 200 kilometer dari sini, 18 pondok penginapan Madrasah Addiniah al- Latifiah atau lebih dikenali dengan panggilan Pondok Pak Teh di Kampung Kuak Luar terbakar kira-kira jam 11 malam kelmarin.

J u r u c a k a p J a b a - tan Bomba dan Penyelamat Perak memaklumka­n pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 11.27 malam dan mengerahka­n dua jentera masing-masing dari Balai Bomba Pengkalan Hulu dan Baling, Kedah ke lokasi kebakaran.

“Sebaik tiba api sedang marak membakar pondok penginapan di bahagian belakang sekolah berkenaan, namun semua 66 pelajar yang ada ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya operasi memadam kebakaran yang tamat pada kira-kira jam 1.30 pagi itu turut dibantu anggota polis dan Tenaga Nasional Berhad.

Di Teluk Intan, kegembiraa­n sekumpulan pelajar perempuan berkumpul sambil berkongsi bercerita pengalaman pulang berhari raya di kampung bertukar panik apabila bilik stor tingkat bawah asrama yang didiami, terbakar sehingga 90 peratus.

Bagaimanap­un kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 malam di blok bangunan asrama puteri tiga tingkat Sekolah Menengah Agama Maahad Al- Islah, Sungai Lampam di sini malam kelmarin, tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Seorang pelajar, Siti Norroslina Noh, 17, berkata ketika kejadian beliau bersama rakan-rakan sebilik sedang berborak sambil melakukan persiapan untuk ke sekolah hari keesokanny­a sebelum dikejutkan jeritan pelajar lain.

“Kami pun segera berlari meninggalk­an asrama dan melihat api dengan asap hitam membakar bilik stor yang menempatka­n katil, tilam, meja dan kerusi,” katanya ketika ditemui Bernama di tempat kejadian di sini malam kelmarin.

Pengetua sekolah berkenaan Agus Lokman Sulam ketika ditemui berkata pihaknya bersyukur kerana kesemua 68 pelajar asrama puteri itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Agus Lokman berkata asrama perempuan itu menempatka­n 85 orang, namun yang pulang sehingga malam kelmarin adalah 68 orang. Tiada kecederaan luaran dilaporkan serta semua harta benda pelajar selamat kerana bilik asrama mereka terletak di tingkat dua dan tiga.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan Zulkafli Abdullah berkata dua jentera masing-masing dari balai Teluk Intan dan balai Hutan Melintang dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran.

“Kemerebaka­n api juga tidak berlaku disebabkan dinding batu. Kami mengambil masa kira- kira 15 minit mengawal kebakaran itu,” katanya sambil menambah punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Aznel (kanan) semalam meninjau kesan kebakaran melibatkan 18 pondok penginapan Madrasah Addiniah Al-Latifiah di Kampung Kuak Luar dekat Pengkalan Hulu, semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Aznel (kanan) semalam meninjau kesan kebakaran melibatkan 18 pondok penginapan Madrasah Addiniah Al-Latifiah di Kampung Kuak Luar dekat Pengkalan Hulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia