Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah kerugian RM240,000 ditipu ‘sami’ nombor ekor

-

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah kerugian hampir RM240,000 gara- gara terperdaya dengan ‘ sami’ dari Thailand yang kononnya mampu memberi nombor ramalan yang tepat, bagi tempoh Ogos 2015 hingga Januari 2016.

Mahu dikenali sebagai Wong, 26, wanita itu berkata dia mendapat maklumat mengenai sami tersebut menerusi risalah yang diedarkan ke rumahnya pada Ogos 2015 dan mendor- ongnya untuk berhubung dengan nombor telefon yang disertakan.

Menceritak­an pengalaman­nya dalam sidang media bersama Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perhubunga­n Awam Gerakan Ben Liew Pok Boon di sini semalam, Wong berkata panggilan itu dijawab oleh seorang lelaki bernama Seng Shu.

Lelaki itu memberitah­u Wong ada ong untuk menang hadiah pertama RM960,000 meneru- si nombor ekor, namun dia perlu membayar RM20 untuk upacara sembahyang dan wang itu perlu dimasukkan dalam akaun bank atas nama ‘Suvitta Agarbathi Dharma’.

“Dua hari kemudian, saya menerima satu nombor 4D dengan azimat menerusi kurier dan diberitahu untuk membakar azimat itu serta menghubung­i seseorang yang bernama Ah Dong dari Thailand,” katanya.

Menurut wanita itu, Ah Dong yang mendakwa dirinya pembantu kepada sami tersebut memberinya satu nombor 4D yang sama dengan nombor plat motosikaln­ya namun nombor itu tidak dibuka untuk jualan dan apabila dimaklumka­n kepada Ah Dong lelaki itu memintanya memasukkan RM360 ke dalam akaunnya bagi membeli setanggi.

Wong berkata dia menerima nombor ramalan baharu seminggu kemudian namun didapati nombor tersebut te- lah pun keluar sebelum ini.

Menurut Wong perkara itu berlaku berulang kali dengan keseluruha­n 32 pembayaran dilakukann­ya melibatkan jumlah RM240,000.

Katanya, dia hanya tersedar ditipu selepas wangnya habis digunakan untuk membeli nombor ramalan hadiah pertama yang dijanjikan, selain menanggung hutang dengan ibu bapa dan ibu saudara berjumlah RM220,000 termasuk wang dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja milik ibunya berjumlah RM40,000.

“Kali terakhir saya menghubung­i Ah Dong menerusi telefon pada Januari 2016 dan selepas beberapa bulan memasukkan wang ke dalam akaunnya akibat alasan yang diberikan, saya mendapati saya ditipu dan saya terus membuat laporan polis di Balai Polis Jenjarom pada 30 April 2016,” katanya yang tidak pernah bersemuka dengan suspek.

Sementara itu, Liew ber- kata kes yang dialami Wong merupakank­espenipuan nombor ramalan melibatkan kerugian terbesar yang diterima pihaknya tahun ini.

“Kami turut menjalanka­n siasatan ke atas akaun bank tersebut di Bank Negara Malaysia dan didapati ia sebenarnya akaun korporat yang telah ditutup pada Februari lepas,” katanya.

Menurut Liew sindiket itu turut aktif di beberapa negeri lain seperti Perak dan Pulau Pinang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia