Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai kembali polisi longgarkan syarat lulus BM bagi Pegawai Perubatan UD41

-

GEORGE TOWN: Polis memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa dalam menangani kes buli yang disifatkan semakin meruncing sejak kebelakang­an ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan melaporkan kepada pihak sekolah atau pihak berkuasa jika mempunyai maklumat mengenai kes buli bagi membolehka­n tindakan segera diambil untuk membendung kejadian itu.

“Polis boleh melakukan pelbagai cara membasmi kegiatan buli dan gengsteris­me dalam kalangan pelajar tetapi memerlukan kerjasama guru dan ibu bapa. Jika guru sendiri terbatas memberi maklumat disebabkan sikap ibu bapa, bagaimana kami mahu bertindak,” katanya selepas menyempurn­akan Larian Obor Kuala Lumpur 2017 peringkat Pulau Pinang di sini semalam.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kes buli yang dilihat semakin merunc- ing harus dikendalik­an polis berbanding pihak sekolah.

Chuah berkata pihaknya akan menggerakk­an Pegawai Perhubunga­n Sekolah dalam kalangan polis yang ditugaskan di sekolah selain mengadakan mesyuarat berkala dengan jabatan pendidikan negeri bagi menangani masalah buli dan gengsteris­me itu.

“Guru dan pentadbira­n sekolah perlu melihat masalah ini secara holistik dan tidak mengabaika­n aspek keselamata­n kerana mereka boleh diancam kumpulan-kumpulan gengster yang bukan sahaja terdiri daripada pelajar sekolah,” katanya.

Beliau berkata polis mempunya mekanisme dalam menangani masalah buli dan gengsteris­me dalam kalangan pelajar namun memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutama pihak sekolah dan ibu bapa.

“Maklumkan kepada pihak bertanggun­gjawab segera dan kita akan siasat penglibata­n pelajar berkenaan dalam kumpulan gengster dan jika betul, mereka akan dihukum mengikut kesalahan juvana,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan diminta membuat penilaian secara menyeluruh sebelum melaksanak­an polisi memberi kelonggara­n syarat kelulusan Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk lantikan kontrak Pegawai Perubatan UD41.

Pengerusi Alumni Kelabkelab UMNO Luar Negara (AKULN)WanMdHazli­nAgyl Wan Hassan berkata, kementeria­n seharusnya mengambil kira maklum balas secara menyeluruh daripada pihak-pihak berkepenti­ngan, termasuk rakyat Malaysia sendiri.

Keputusan itu boleh menje- jas pemerkasaa­n Bahasa Melayu di negara ini, katanya.

“Saya percaya tindakan KKM ini bukan saja melemahkan kedudukan BM, malah ia (juga) akan menimbulka­n rasa kurang yakin golongan muda… dan graduan luar negara juga merasakan adalah OK untuk mereka tidak menguasai bahasa kebangsaan negara ini.

“Sewajarnya kita patut mencontohi negara-negara seperti China, Jepun atau Jerman yang masih lagi mengutamak­an bahasa kebangsaan masing- masing, walaupun graduan mereka belajar di luar negara,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata kelonggara­n itu untuk membolehka­n graduan berkenaan menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib selama dua tahun tetapi perlu lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM untuk lan- tikan secara tetap.

Mengulas lanjut, Wan Md Hazlin Agyl berkata, sekiranya masalah ini berpunca daripada kekurangan doktor pelatih, KKM seharusnya mengadakan perbincang­an dengan Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan Tinggi, serta badan-badan berkepenti­ngan seperti Jabatan Perkhidmat­an Awam dan MARA bagi mengatasi masalah sedemikian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NILAI KEMBALI: Wan Md Hazlin Agyl ketika sidang media mengenai isu kelonggara­n syarat lulus Bahasa Melayu SPM untuk jawatan Pegawai Perubatan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama NILAI KEMBALI: Wan Md Hazlin Agyl ketika sidang media mengenai isu kelonggara­n syarat lulus Bahasa Melayu SPM untuk jawatan Pegawai Perubatan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia