Utusan Borneo (Sarawak)

Autonomi universiti awam bukan retorik

-

SEREMBAN: Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia ( MAAC) Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin semalam membidas kajian Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi ( IDEAS) kononnya status kuasa autonomi yang diberikan kerajaan kepada universiti awam adalah bersifat retorik.

Sebaliknya, beliau berkata autonomi yang diberikan kerajaan adalah secara transisi dengan mengambil kira posisi universiti awam sebagai entiti yang penting bagi mendidik rakyat Malaysia di peringkat tertinggi.

“Jika diberikan autonomi sepenuhnya, pasti yuran akan meningkat dan rakyat bawahan tidak berpeluang untuk masuk belajar di universiti awam. Pada ketika ini pun, dengan yuran yang rendah, kita masih dapat melihat ramai pelajar yang perlukan laluan kedua iaitu melalui kolej vokasional dan institusi kemahiran untuk melanjutka­n pengajian masing- masing,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini.

Beliau mengulas laporan IDEAS pada 30 Jun lepas yang antara lain menyatakan kebebasan autonomi universiti awam terhad kerana kebergantu­ngan untuk peroleh peruntukan dana dan geran penyelidik­an daripada kerajaan.

Ketua Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan dipetik sebagai mempertika­ikan azam kerajaan dalam memastikan autonomi institusi pendidikan tinggi negara selain menyaranka­n Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhka­n atau sekurangku­rangnya dipinda, supaya institusi berkenaan berpemerin­tahan sendiri sepenuhnya.

Mohd Idrus berkata autonomi yang diberikan kepada universiti awam bagaimanap­un masih tertakluk kepada peraturan kerajaan memandangk­an peruntukan universiti awam diberikan oleh kerajaan.

“Maka seharusnya kerajaan mempunyai suara dalam menentukan perancanga­n dan penggunaan bajet universiti awam. Bagaimanap­un, universiti awam perlu diberikan kepercayaa­n untuk mentadbir melalui Lembaga Pengarah Universiti­nya sebagai ‘governing entity’ untuk mentadbir dan mengesahka­n program serta memantau pelaksanaa­n program akademik.

“Bagaimanap­un, pandangan untuk menghapusk­an AUKU adalah tidak wajar kerana ia diwujudkan untuk menjadi kawalan dan rujukan kepada semua universiti di negara ini. Ia mengandung­i pelbagai aspek yang dapat membantu pentadbira­n universiti dan kementeria­n untuk memastikan universiti di negara ini ditadbir dengan baik dan ia akan dapat menjaga reputasi universiti di negara ini,” katanya.

Beliau berkata tanpa AUKU, dibimbang i a k a n w u j u d banyak salah laku dalam pentadbira­n dan pengurusan.

“Oleh itu, adalah wajar tindakan kerajaan untuk memberikan autonomi secara berperingk­at dan melantik pentadbir yang kompeten untuk memahami proses pemindahan kuasa ini agar keharmonia­n warga universiti khususnya ahli akademik akan terpelihar­a dan dilindungi,” katanya.

Beliau berkata selain A U K U y a n g p e r l u dikekalkan, semangat tanggungja­wab sosial korporat dan peruntukan kepada universiti perlu dikekalkan bagi memastikan institusi pendidikan dapat terus berfungsi untuk mendidik rakyat di negara ini di peringkat pendidikan tinggi.

“Menjana pendapatan bagi universiti awam bukan satu keutamaan dan jika ini yang ingin dilaksanak­an dan universiti awam perlu memastikan pendidikan tinggi yang terbaik dapat diberikan pada bila-bila masa dalam apa keadaan sekalipun,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia