Utusan Borneo (Sarawak)

Guru perlu buat laporan polis sekiranya dibuli pelajar: Mahdzir

-

ALOR SETAR: Guru yang turut menjadi mangsa buli pelajar diminta membuat laporan polis bagi menjamin keselamata­n diri sekali gus mengelakka­n daripada sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa mereka.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir K h a l i d b e r k a t a , s e m e m a n g n - ya terdapat beberapa kes melibatkan guru menjadi mangsa buli namun ia tidak dilaporkan berikutan bimbang dengan keselamata­n diri apabila berada di luar kawasan sekolah.

“Ada guru yang tidak mahu buat laporan kerana tidak mahu memanjangk­an cerita selain turut bimbang dengan keselamata­n diri mereka akan diancam oleh pelajar yang terlibat dalam gengsteris­me.

“Guru perlu buat laporan bagi membolehka­n tindakan diambil terhadap pembuli dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sama sekali tidak akan menghalang sekiranya mereka ingin membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di sini selepas melawat Kolej Vokasional Alor Setar di sini, semalam.

Beliau berkata guru yang menjadi mangsa buli tidak perlu bersembuny­i atau bimbang dengan reputasi sekolah sekiranya hendak membuat laporan polis kera- na kementeria­n berpendiri­an tegas dalam menangani masalah itu selain mementingk­an keselamata­n guru terbabit.

Kelmarin, Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP) mendedahka­n kalangan guru turut menjadi mangsa buli pelajar bermasalah di sekolah, sekali gus menyumbang kepada peningkata­n budaya gengsteris­me di negara ini.

Presiden CAP, S.M Mohamad Idris berkata kejadian buli terhadap guru boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk peras ugut dan kenderaan dirosakkan selepas mereka menegur pelajar yang terbabit dengan masalah disiplin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia