Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri buat pengesahan terakhir penemuan makam Sultan Kedah

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan membuat pengesahan terakhir bersama-sama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) mengenai tiga penemuan utama persatuan itu tahun ini yang didakwa merupakan makam milik Sultan Kedah.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Agama dan Warisan negeri Datuk Mo- hd Rawi Abd Hamid berkata, pihaknya sehingga kini masih lagi menunggu laporan penuh daripada PSMCK mengenai penemuan itu.

“Kami akan turun bersama-sama dengan PSMCK, Jabatan Muzium dan pakarpakar sejarah untuk mengkaji bukti-bukti dan alasan yang boleh mengukuhka­n dakwaan bahawa kesemua makam tersebut adalah makam Sultan Kedah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 23 Mac lepas, PSMCK menemui makam dipercayai milik Sultan Kedah ke-16 Sultan Ataullah Muhammad Shah berusia 330 tahun di Bukit Pinang.

Sembilan makam lain bersama makam itu ditemui anggota PSMCK, dan ia terletak betul- betul di tepi sungai di Kampung Bukit Pinang dekat sini.

I a s u s u l a n p e n e - muan makam dipercayai milik Sultan Kedah ke-14, Sultan Muhyiddin Mansur Shah di Kampung Chegar, Mukim Jeram, Tunjang pada 27 Mac lalu.

Bagaimanap­un PSMCK merekodkan satu lagi pen- emuan apabila empat lagi kubur termasuk dipercayai makam Sultan Kedah ke-19 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II dan permaisuri­nya, Tunku Puteri Almarhum Tunku Ishak, ditemukan di Anak Bukit pada 8 Mei lalu.

Mohd Rawi berkata kesemua penemuan itu menunjukka­n PSMCK begitu aktif membuat aktiviti kajian, pengumpula­n data serta rekod penting mengenai sejarah negeri itu yang masih belum terungkai.

Sehubungan itu Mohd Rawi berkata setelah kesemua bukti- bukti dikumpulka­n dan makam itu disahkan sebagai makam Sultan Kedah, beliau akan mengarahka­n Pejabat Daerah dan beberapa agensi berkaitan untuk membuat gotong- royong dan memulakan usaha memulihara kawasan berkenaan.

“Dengan ini para peminat sejarah atau pun pengunjung yang berminat bolehlah menziarahi makammakam ini yang merupakan suatu khazanah negara yang tidak ternilai,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia