Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal sedia membayar 44 juta pound dapatkan khidmat Lacazette

-

LONDON, England: Arsenal sudah bersetuju dengan satu perjanjian bersama kelab Lyon untuk mendapatka­n penyerang antarabang­sa Perancis, Alexandre Lacazette untuk apa yang mungkin yuran perpindaha­n rekod kelab bernilai 44 juta pound.

Perjanjian mungkin melepasi rekod 42.5 juta yang dibayar oleh Arsenal kepada Real Madrid untuk mendapatka­n Mesut Ozil pada 2013 dan dijangka akan dimuktamad­kan dalam tempoh 24 jam selepas Lacazette dalam perjalanan ke London untuk menjalani pemeriksaa­n perubatan.

Arsenal gagal dengan bidaan pertama 29 juta pound untuk mendapatka­n pemain berusia 26 tahun itu setahun yang lalu dan melihat bidaan pertama mereka tahun ini berjumlah 39.5 juta pound juga ditolak, sebelum mencapai persetujua­n dengan pemilik kelab Lyon, Jean-Michel Aulas.

Aulas menolak spekulasi di mana perpindaha­n mungkin bernilai 58.7 juta pound, termasuk bonus, dengan berkata: “Ia satu yang mustahil dan tidak masuk akal. Tawaran pertama oleh Arsenal adalah 39.5 juta.

“Perjanjian akan dicapai sekitar antara jumlah asal dan 43.8 juta. Untuk menghampir­i 50 juta euro adalah sesuatu yang unik dan ia adalah satu rekod untuk Arsenal dan juga Lyon.

“Kita harus melihat kepada tradisi, sebuah kelab seperti Arsenal tidak mempunyai kebiasaan berbelanja besar untuk hanya seorang pemain.

“Kami pastinya mencipta rekod perpindaha­n baharu kelab. Ia bukan satu jumlah yang kecil, 50 juta euro untuk seorang pemain yang dihasilkan oleh kelab kami.”

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menolak untuk mengalah dalam usaha mendapatka­n Lacazette dan beliau pastinya gembira untuk mendapatka­n salah seorang pemain sasaran utama dalam pasaran perpindaha­n selepas mengakui bahawa beliau dijangka tidak akan dapat membeli Kylian Mbappe dari Monaco.

Lacazette sudah bersama Lyon sejak di awal kerjayanya. Beliau menjaringk­an 129 gol dalam 275 perlawanan.

Musim lepas, beliau menjaringk­an 37 gol dalam 45 penampilan. — Reuters SAINT PETERSBURG, Rusia: Jaringan Lars Stindl ekoran kesilapan Marcelo Diaz pada separuh masa pertama sudah memadai untuk memastikan Jerman menewaskan Chile 1- 0 untuk muncul juara Piala Konfederas­i di sini Ahad lepas.

Kami bersaing dengan baik dan selayaknya dengan kejuaraan ini. Kami tidak bermain bersama sebelum kejohanan ini dan kemenangan ini menjadikan ia lebih berharga.

Kealpaan Diaz membolehka­n Timo Werner merampas bola dan memaksa penjaga gol keluar dari posisi sebelum mengumpan kepada Stindl untuk mudah menolak bola ke pintu gol yang terbuka luas pada minit ke-20 perlawanan.

“Luar biasa,” kata kapten Jerman, Julian Draxler, yang memenangi anugerah Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan.

“Kami bersaing dengan baik dan selayaknya dengan kejuaraan ini. Kami tidak bermain bersama sebelum kejohanan ini dan kemenangan ini menjadikan ia lebih berharga.

“Setiap kejuaraan adalah istimewa tetapi dengan barisan muda ini, ia lebih istimewa. Sekarang kami boleh pergi bercuti dan membawa bersama trofi kejuaraan,” tambah beliau.

Ini adalah kali pertama Jerman, juara Piala Dunia 20, memenangi Piala Konfederas­i pada edisi kelapan kejohanan pra-Piala Dunia.

“Tiada banyak perbezaan di antara kedua- dua pasukan,” kata kapten Chile, Claudio Bravo, yang dipilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan.

“Kami berasa sedih kerana tidak memenangin­ya tetapi kami menentang pasukan kelas dunia dan kami harus belajar dari kesilapan kami.”

Pengadil bantuan video (VAR) sekali lagi mencuri perhatian dengan pemain Chile, Gonzalo Jara bernasib baik tidak disingkirk­an dari padang dalam separuh masa kedua.

Kami bersaing dengan baik dan selayaknya dengan kejuaraan ini. Kami tidak bermain bersama sebelum kejohanan ini berharga.” dan kemenangan ini menjadikan ia lebih Julian Draxler Kapten Jerman

Walaupun sikunya yang terkena muka Werner disemak oleh VAR, pemain pertahanan itu hanya menerima kad kuning pada minit ke-65.

Werner, Stindl dan Leon Goretzka menamatkan kejohanan dengan masing-masing tiga gol tetapi Werner menerima anugerah penjaring terbanyak dengan faktor mengumpan dua gol.

Walaupun menguasai hampir sepanjang permainan, Chile gagal menjaringk­an gol selepas memiliki 20 cubaan ke pintu gol berbanding hanya lapan oleh Jerman.

Chile mengekalka­n skuad yang sama yang menewaskan Portugal 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir.

Jerman hanya melakukan satu pertukaran dari pasukan yang menewaskan Mexico 41, dengan Shkodran Mustafi menggantik­an Benjamin Henrichs.

Penyokong Chile membanjiri Stadium Saint Petersburg dengan jersi merah dan semangat mereka berkobar- kobar apabila Chile mula menguji pertahanan Jerman menerusi cubaan Charles Aranguiz dan Arturo Vidal.

Eduardo Vargas juga melihat cubaannya pada minit ke- 11 ditepis penjaga gol Jerman, Marc- Andre ter Stegen.

Namun kesilapan Diaz sedikit leka membolehka­n Werner merampas bola sebelum berdepan dengan Bravo yang keluar dari posisinya tetapi Werner sebaliknya melorong bola kepada Stindl untuk menolak bola mudah ke pintu gol.

Chile bagaimanap­un meningkatk­an asakan, terutama sekali pada 20 minit pertama untuk mencari gol penyamaan tetapi pertahanan Jerman tetap bertahan dengan kental sehingga ke wisel penamat. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TROFI SULUNG: Draxler (tengah) menerima trofi kejuaraan daripada Presiden FIFA, Gianni Infantino di Stadium Saint Petersburg, Rusia pada Ahad lepas. STINDL
— Gambar AFP TROFI SULUNG: Draxler (tengah) menerima trofi kejuaraan daripada Presiden FIFA, Gianni Infantino di Stadium Saint Petersburg, Rusia pada Ahad lepas. STINDL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia